terkini dan sensasi

Selasa, 27 November 2018

Berakhirlah Cinta Tiada Ganti

Assalamualaikum...(^ ^)

Hamboi senyum simpul semua peminat drama Cinta Tiada Ganti, maklumlah Mukhriz dan Arabella dah bersatu. Haaa ni untuk peminat drama CTG ni je, yang tak minat dok diam!


Seronok dan gembira sangat tengok episod akhir semalam, sebab apa yang Mas impikan untuk Riz dan Ara dah jadi kenyataan. Hehehee, walaupun hanya drama tapi Mas layan tanpa missed satu episod pun tau. Dari episod pertama sampai episod akhir, sebab itulah Mas nak ianya berakhir camtu. Mas tahu cinta sejati Riz hanya layak menjadi milik Ara, Cinta Tiada Ganti gitu!

Walaupun ramai peminat tak puashati, sebabnya Arabella tak pilih Khai tapi apakan daya itulah kesudahannya. Ramai jugak yang kata Ara kejam, hancurkan hati Khai setelah bagi harapan. Tapi bagi Mas kan, Khai memang tak layak dapat cinta Ara sebab dia tak pernah percayakan cinta tu. Asyik sangsi je dengan Ara, pastu dok mainkan perasaan Ara dengan ajak Riz bekerja dengan dia. Lagilah nak seksa jiwa Ara kan, jadi memang orang camni tak layak untuk dapat cinta sejati Ara tu.

Pastu ikutkan Mas tak puashati jugak dengan cara ending tetiba Riz dan Ara terus kahwin. Patutnya pengarah buatlah babak dimana Ara cari semula Riz setelah Riz pergi, maksudnya lepas Ara dah luahkan dekat Khai tu. Haaa kenalah ada babak Ara pergi kejar Riz dan cakap "I Love You Riz!" Fuhhh barulah pengakhiran yang lagi manis dan romantik kan, hehehee mampu berimaginasi jelah. 


Tapi apa pun Mas dah gembira pengakhiran dia mereka bersatu, baru berbaloi layan 100 episod kan? Lepas ni mesti akan rindu mereka berdua yang sweet sangat tu, dan moga ada lagi drama menarik camni. Lagi teruja nak tengok kalau Nelydia dan Aedy tu berlakon, best!

3 ulasan:

  1. Tak layan cite ni. Tapi last episod MIL suruh tolong tengokkan. Terpinga-pinga tak tahu cita dari mula.

    BalasPadam
  2. suka yang last episode..masa dia berterus terang dengan Khai..sedihnya lahai...hahaha...sekarang ni kita dok tunggu cerita lelaki kiriman tuhan pulak..hehehe

    BalasPadam
  3. pelakon lelaki tu knal dr muda. so xde feel nak layan. mcm budak kecik belajar bercinta. aggagagagaga geli

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com