terkini dan sensasi

Isnin, 30 Disember 2019

Cuti² Langkawi 2019: Island Hoping

Assalamualaikum...(^ ^)

Salah satu tarikan utama di Langkawi ni adalah aktiviti Island Hoping, selain tu aktiviti Mangrove Tour pun menarik jugak. Rasanya tak sah kalau tak cuba salah satu dari aktiviti ni, nanti rasa tak lengkap pulak percutian tu kan?

Datang kali ni Mas pilih aktiviti Island Hoping sebab bajet terhad, lagi pun ianya murah sikit berbanding Mangrove Tour. Pastu tahun lepas Mas dah ambik pakej 6 jam Mangrove Tour tu, jadi tahun ni ubahlah pulak. 



Kalau pilih aktiviti Island Hoping ni kena pandai pilih agen yang tawarkan harga berpatutan dan berbaloi dengan aktiviti yang dilakukan. Pergi je kat kawasan Pantai Cenang tu, banyak agen di sana. Kami ambik melalui The Baron Inn dan harga pakej yang diberikan pun berpatutan, RM30 untuk seorang dewasa dan RM20 untuk seorang kanak². Untuk kami semuanya RM140, tour selama 4 jam ke Tasik Dayang Bunting + Eagle Feeding + mandi di Pantai Beras Basah. 

Untuk pakej Island Hoping ni boleh pilih nak pergi pukul 9 pagi atau 2.30 petang, dan tempat menunggu bot di jeti Teluk Baru. Pastikan ½ jam sebelum masa bertolak korang dah ada di jeti, takdelah nanti lambat dan menyusahkan orang lain. Kami terkena masa pergi tu, tunggu 2 family ni sampai pukul 3 petang. Haihhh geram jugak sebab aktiviti jadi lambat bermula. 




Cuma Mas agak kecewa dengan Island Hoping kali ni, harga pakej memang berpatutan tapi aktiviti yang dibuat tidak seperti dijanjikan. Kami hanya diberi masa 1 jam di Tasik Dayang Bunting, memang terkejar² masa sebab nak ke situ kena naik turun tangga. Memakan masa lah sikit dan terkejar² nak buat aktiviti kat situ, jadi rasa penat sangat! 

Pastu masa Eagle Feeding pun agak mengecewakan, memang dapat tengok burung helang makan tapi masa kat situ lebih kurang 10 minit je. Pemandu bot takde pun bawak makanan dan beri pada helang tu, kami hanya tengok pemandu bot lain yang bagi. Rasa tak seronoklah sebab helang² tu tak datang dekat dengan bot kami, nak ambik gambar pun susah! 



Tambah lagi satu kekecewaan bila sampai di pantai Beras Basah kami hanya diberi masa ½ jam je untuk mandi, haaa apa ni! Alasan pemandu bot katanya takut air surut, nanti bot susah nak datang ambik. Hadoiii memang tak boleh terima alasan tu! Anak² Mas memang dah teruja gila nak mandi tapi bila masa agak singkat mereka tak puashati, sampai kami hampir tertinggal bot sebab anak² tak nak berhenti mandi. Yelah sekejap je, manalah anak² nak puas mandi! 



Sepatutnya 4 jam untuk Island Hoping tu tapi kami pergi 2 jam je, sangat mengecewakan dan tak puashati. Kami mengadu jugaklah dekat agen tapi jangan haraplah mereka nak pulang separuh duit, mereka cuma minta maaf dan janji akan perbaiki servis. Jadi caranya banned jelah agen tu, lain kali datang memang tak pilih dah walaupun harga pakejnya murah! 

2 ulasan:

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com