mrs secretary

Isnin, 21 November 2011

Tunjuk muka di blog

Assalamualaikum...(^ ^)

Ada kawan Mas, baru je buat blog. Jadi dia tanya pada Mas, "Perlu ke tunjuk muka kita di blog?"

Mas jawap pada dia, "Ikut keselesaan masing². Nak tunjuk boleh, tak tunjuk pun boleh!"


Bagi pendapat Mas perkara ni mudah je. Bukan kita nak kira muka cantik mesti tunjuk, muka tak cantik tak perlu tunjuk. Itu semua hak kita! Kalau rasa selesa nak tunjuk wajah sendiri, letak gambar kat header blog tu. Jadi pembaca boleh kenal pemilik blog tu. Tapi kalau rasa kurang selesa, tak perlu tunjuk. Ada sesetengah pembaca tak kisah pun, janji entri di blog menarik.

Ramai je Mas tengok blogger yang tak tunjukkan muka mereka di blog, tapi entri mereka tetap menarik dan ada pengisian dan pengajaran bila dibaca. Kadang² melalui entri pun kita dah boleh dapat gambaran sikit² camne rupa penulis blog tu. 

Tapi janganlah kita pertikaikan camni pulak pada mereka yang suka tunjuk muka di blog. "Mentang²lah muka kau cantik, penuh kau tunjuk gambar kat blog. Bajet cantiklah tu, pastu bajet orang ramai puji bila tengok muka kau yang kau perasan ala² Erra Fazira tu!"

Biarlah, itu hak dia! Janji dia tak tunjukkan gambar yang menjolok mata dan mendedahkan aurat sudahlah, dia pun tahu sendiri batas²nya kan? Yang penting ikut keselesaan masing².

15 ulasan:

  1. betol tu kak mas..
    ikut keselesaan..
    hehehe..

    BalasPadam
  2. hehe kadang2 saya tunjuk dan kadang2 x tunjuk :D

    BalasPadam
  3. sy tak tunjuk lg selesa utk menulis drp dikenali...hehe

    BalasPadam
  4. betul kak mas. itu hak individu. yg sy tahu lah, mostly org rasa rimas kalau size gambar tu besar sgt smpi pembaca kena scroll down lama sbb nk skip gambar tu.

    BalasPadam
  5. @NinaAz
    kan? hak kita nak tunjuk atau tidak..

    BalasPadam
  6. @jemarisuri
    memang ada segelintir camni kan? tapi Mas hormat sbb itu hak dia..

    BalasPadam
  7. @Namee Roslan
    tulah, kalau nak letak pun janganlah besar2 sgt kan?

    BalasPadam
  8. Terpulang pada diri masing..mcm mas ckp asal tau batas nya..dan bukan lah setiap entri memerlukan " tunjuk muka"..agak2 lah..

    BalasPadam
  9. betol tu kak
    bagi sy, tu terpulang kpd individu tu sendiri cm ne nak adjust, nak kasi lawo, nak edit2 belog die cm ne kan..
    emmm3

    BalasPadam
  10. saya selalu tunjuk muka kat belog tapi saya tak cantik.. cammana tu?? hehehehe :)

    BalasPadam
  11. Setuju dengan pendapat kak Mas..Ikut keselesaan masing masing..Dan terpulang kepada empunya blog :)

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com