terkini dan sensasi

Jumaat, 18 November 2011

RM100 itu sangat bermakna

Assalamualaikum...(^ ^)

Pukul 11.00 tadi Mas pergi ke sekolah anak untuk ambil wang bantuan persekolahan RM100 tu.


Syukur alhamdulilah! Bagi Mas yang berpendapatan sederhana ni, wang RM100 amat bermakna sekali. Lepaslah nak beli tulis dan buku latihan anak². Harga buku tersebut pun dah mencecah RM80++ untuk satu tahun, jadi duit tu memang dilaburkan ke situ je.

Sebelum ni Mas ada baca di Facebook, ada sesetengah orang cakap buat apalah nak kecoh sangat dengan wang RM100 tu. Mas tak faham kenapa dia nak cakap camtu, setiap orang ada kepentingan dan keperluan dia sendiri terhadap wang RM100 tu. Misalnya ibu bapa yang hanya bekerja sebagai nelayan dan mempunyai anak yang bersekolah seramai 10 orang, bukankah bantuan yang diperolehi oleh 10 orang anaknya itu sedikit sebanyak meringankan beban dia.

Mungkin orang yang bercakap tu dari golongan yang berada kot? Kalau dia rasa duit tu tak penting, tak perlulah ambil kan? Kerajaan pun dah bagi pilihan samada nak ambil atau tidak.

Bagi Mas apa pun rezeki yang kita dapat tu, bersyukurlah! Tak kiralah kita dari golongan berada atau sederhana, gunakan wang tersebut ke arah yang betul. Itu untuk persekolahan anak² kita jugak!

11 ulasan:

  1. Org tak paham situasi org len. Mmmmg tau

    BalasPadam
  2. betul tu kak mas.. even RM 1 pon sangat berharga. :)

    BalasPadam
  3. Haaa betul. Terbaca jugak bila orang tulis dapt 100 pun nak kecoh. At least, patut bersyukur :)

    BalasPadam
  4. 100 tu byk boleh dapat... Ishhh ishhh.... Rezeki tu kita tak syukuri.. Bila2 Allah boleh tarik kan..?

    BalasPadam
  5. ^______^
    betol tu kak mass
    walau pun seratus, amat bermakna kan..
    mak pun syukur sgt2 dpt duet ni..
    alhamdulillah =]

    BalasPadam
  6. setiap duit tu ada nilaiannya sendiri..
    takde ke orang nak bagi cik pula seratus,,T_T

    BalasPadam
  7. ramai org x faham keadaan org lain

    BalasPadam
  8. eh!! duit tu kan duit kita juga..amik jangan tak amik...
    tiap2 tahun kan byr income tax..byr cukai itu ini..so amik jeee. hak kita tu.

    BalasPadam
  9. alhamdulillah... dapat jugak rm100. bg org yg susah/sederhana rm100 tu dh mcm rm1000. iyer la kalu dh 5 anak dh dapat rm500. jimat belik buku & pakaian sekolah baru.

    BalasPadam
  10. betul3x.. pergunakanlah utk keperluan persekolahan anak2...

    BalasPadam
  11. em rm100 tu sgt berharga untuk sesetengah pihak. yela, mungkin gaji tak tinggi mana. so dgn bantuan begini, mmg sgt bermakna.:)

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com