Assalamualaikum...(^ ^)
Semalam Mas ada kongsi pelbagai jenis bubur nasi yang Mas masak untuk Airis, jadi hari ini Mas nak kongsi
resepi bubur² tersebut sebab ada ibu² yang mintak. Semua resepi memang Mas buat percubaan sendiri. Mas masak dan rasa, bila rasanya sedap Mas tau Airis pasti sangat suka.
Inilah antara resepi² bubur kegemaran Airis, senang dan mudah untuk disediakan.
Bubur Nasi 1
Beras 1 genggam (ikut keperluan, kalau nak buat banyak lebihkan)
Sepotong Lobak Merah (lebih kurang 1½ inci)
Daun Bayam 5 helai (buang urat)
Ikan Bilis 10 ekor (rendam dulu bagi lembut)
Kurma 1 biji (buang biji)
Bubur Nasi 2
Beras 1 genggam (ikut keperluan, kalau nak buat banyak lebihkan)
Kentang 1 biji
Daun Bayam 5 helai (buang urat)
Ikan Bilis 10 ekor (rendam dulu bagi lembut)
Kurma 1 biji (buang biji)
Bubur Nasi 3
Beras 1 genggam (ikut keperluan, kalau nak buat banyak lebihkan)
Brokoli (lebih kurang 1½ inci)
Buah Lai sepotong
Ikan Bilis (rendam dulu bagi lembut)
Kurma 1 biji (buang biji)
Bubur Nasi 4
Beras 1 genggam (ikut keperluan, kalau nak buat banyak lebihkan)
Kentang 1 biji
Sepotong Epal Merah
Ikan Bilis 10 ekor (rendam dulu bagi lembut)
Kurma 1 biji (buang biji)
Bubur Nasi 5
Beras 1 genggam (ikut keperluan, kalau nak buat banyak lebihkan)
Sepotong Lobak Merah (lebih kurang 1½ inci)
Kentang 1 biji
Ikan Bilis 10 ekor (rendam dulu bagi lembut)
Kurma 1 biji (buang biji)
Cara² memasaknya
Sama je untuk setiap bubur² ni. Mula² basuh beras sehingga bersih dan tos. Pastu potong dadu atau potong halus semua bahan² dan masukkan dalam beras tersebut. Letak air sehingga nak penuh periuk dan masak atas api sederhana, masaklah hingga hampir kering sebab takdelah bubur cair sangat masa kisar nanti. Airis memang tak suka bubur cair sangat, kisar sampai betul² hancur.
Mudah sebenarnya nak sediakan bubur² ni, kita kena pandai mix and match bahan²nya. Macam Mas akan pastikan setiap hidangan ada 4 jenis bahan iaitu 2 jenis sayur atau 1 jenis sayur dan 1 jenis buah, sejenis protein (buat masa ni Mas guna ikan bilis dulu) dan 1 jenis pemanis seperti kurma.
Ini sajalah resepi yang dapat Mas kongsikan. Nanti ada lagi resepi baru, cuma Mas belum cuba masak. Dah cuba nanti Mas akan kongsikan kat blog ni.
Selamat mencuba ibu²!