Assalamualaikum...(^ ^)
Bak kata pepatah "Melentur buluh biar dari rebungnya", masih lembut dan masih senang untuk dilentur dan dibentuk. Kalau dah jadi buluh, sia²lah nak lentur sebab dah keras dan dah degil.
Begitulah dalam mendidik anak². Bukanlah nak kata, Mas ni ibu mithali abad ini dan anak² Mas adalah anak yang terbaik abad ini. Kadang² ada kalanya Mas alpa dalam mendidik anak sehingga mereka menjadi nakal dan degil. Tapi Mas tetap berusaha dan terus berusaha ke arah kebaikan supaya anak² Mas jadi anak yang berguna dan hormat pada orang tua.
Pendidikan di rumah dan sekolah Mas seimbangkan, Mas tak nak mereka hanya mahu mendengar kata guru di sekolah je. Tapi di rumah mereka tak mahu dengar kata dan ingkar perintah Mas, jadi apa yang bermanfaat mereka belajar di sekolah Mas akan suruh pratikkan hari² di rumah.
Sebagai contoh membaca doa makan, dah jadi rutin mereka di sekolah sebelum makan guru akan suruh baca doa. Tapi bila di rumah mamanya ni selalu lupa, terliur sangat dah tengok lauk terhidang sampai lupa baca doa dulu. Jadi rutin yang anak² belajar di sekolah tadi mereka pratikkan di rumah. Bila mamanya dah tak sabar nak suap nasi ke mulut, mereka akan tegur "Mama baca doa dulu, nanti baru rezeki kita berkat!" Haaaaa, terkedu mama kau!
Jadi sekali sekala kita perlu belajar dari anak² tentang perkara yang baik. Anak² ni kan hati mereka masih suci, belum dicemari oleh anasir² yang negatif. Jangan sebagai ibu bapa, kita hanya rasa kebaikan itu mereka perlu belajar dari kita sahaja.