Assalamualaikum...(^ ^)
Dah macam parenting blogger pulak, asyik nak berkongsi tentang hal anak² je.
Tapi sebenarnya ada rakan blogger yang minta Mas kongsikan tentang cara penjagaan anak, lagi pun tak lama lagi dia nak dapat baby kan? Ini komen dari dia dalam
entri ini.
"Entri camni yang best baca. Kak kongsi ler untuk jaga baby kak. Ujang9897 "
Mula² ni Mas nak kongsikan tips penjagaan anak dari baru lahir sehingga berusia 6 bulan, semua yang dikongsi ini berdasarkan pengalaman sendiri.
1. Penyusuan
Anak yang baru lahir sehingga umur 6 bulan memang memerlukan susu ibu sepenuhnya untuk membesar. Jadi jangan malas untuk menyusukan bayi kita, sebolehnya setiap 2 jam sekali. Kalau anak itu tidur, kejutkan. Takpe kalau dia menangis, pujuk dan belai pasti dia mahu menyusu.
2. Pemakanan
Bila lagi seminggu masuk umur 6 bulan sebenarnya kita dah boleh cuba beri anak² makan, contohnya seperti puri buah atau sayur. Janganlah buat terlalu banyak, sebab ini baru permulaan anak² kita makan. Pastu cukuplah beri mereka makan sekali sehari, sebab kita nak tengok sejauh mana makanan itu sesuai dengan sistem penghadaman anak kita.
3. Monthly Check Up
Anak² yang berumur 6 bulan ke bawah perlu menjalani medical check up setiap bulan. Ini untuk memastikan mereka mendapat dos suntikan yang cukup, di samping itu waktu inilah kita perlu ambil berat dan fokus tentang tumbesaran mereka. Jadi janganlah malas untuk pergi, kalau takut lupa setkan reminder temujanji tersebut.
4. Khidmat Nurseri
seeloknya pilih nurseri yang betul² berdaftar dengan JKM, ini untuk memastikan keselamatan anak² terjamin jika berlaku apa². Kalau nak hantar ke pengasuh di rumah seeloknya pilih yang tidak mengasuh terlalu ramai bayi, nanti takut anak kita terabai pulak kan? Bila kita dah pilih pengasuh atau nurseri tersebut, kenalah yakin dan beri sepenuh kepercayaan kepada mereka untuk jaga anak kita.
5. Penggunaan Botol dan Susu Formula
Seeloknya 2 minggu sebelum kita mula bekerja, ajarlah anak minum menggunakan botol. Ini untuk memastikan anak kita mahu menyusu bila berada di rumah pengasuh nanti. Bagi yang ada banyak stok EBM bolehlah bekalkan atau pun kalau tiada, bekalkan dengan susu formula. Seeloknya pada sebelah siang gunakan sepenuhnya botol susu, bila malam baru beri susu badan. Cara nak ajar tu perlu konsisten supaya anak² cepat mesra dengan penggunaan botol susu tu.
Setakat ini saja dapat Mas kongsikan, harap blogger tu berpuashati. Lain kali Mas kongsikan lagi untuk tips penjagaan bila anak dah berumur 6 bulan hingga ke 1 tahun.