terkini dan sensasi
Isnin, 25 April 2022
Kelebihan Halia #1: Senang lawas dan rawat masalah angin
Isnin, 7 Mac 2022
Mas dan suami positif Covid-19
Muncul kembali kat sini setelah sebulan tenggelam di lautan dalam, hahahaa! Hari ni terasa nak menulis sebab nak kongsi pengalaman Mas dan husband dijangkiti virus yang paling ditakuti iaitu Covid-19.
Esoknya hari Sabtu, sebelum nak pergi kerja dia buat self test lagi sekali. Malangnya keputusan positif, akhirnya yang 2 tahun dielak datang jugak dalam keluarga kami. Maka bermula sesi kuarantin dia dari 26/2 sampai 4/3. Cuma husband masa disahkan positif tu dia dah tak demam dan sakit badan pun dah pulih, jadi gejala dia tak teruk sangat!
Mas dah anak² buat jugak test pada hari pertama tu dan alhamdulillah negatif. Mas asingkan anak² dari babah mereka, Mas terpaksa jugak ulang masuk bilik sebab nak uruskan hal rumah tapi memang jaga jarak, kerap basuh tangan, pakai hand sanitizer dan pakai facemask 24 jam!
Hari Selasa macam biasa jugak Mas pergi kerja tapi sebelah petangnya dah rasa perit dan sakit tekak, batuk² dan badan rasa macam nak demam. Masa tu dah rasa macam akan kena Covid tapi tak nak fikir sangat, balik kerja terus buat test. Hurmm masa tu laju je naik double line, sah Mas positif Covid-19!
Malam tu dah mula demam mengigil, sakit tekak macam dihiris dengan pisau dan satu badan lenguh² dan sakit sendi. Batuk memang sangat menyeksakan sebab dada rasa macam nak pecah, badan pulak lemah sangat dan nak bangun pun tak larat. Ya Allah masa tu baru rasa sakit jugak Covid ni!
Tiga hari berturut² memang Mas agak teruk jugak, makan pun tak lalu sangat. Tapi husband paksa jugak untuk makan, kalau tak badan jadi lemah. Dia beli sup daging, pastu buatkan singgang ikan. Bolehlah makan sikit² je sebab tekak terlampau sakit kot, yelah batuk tak henti².
Ubat-ubatan pulak Mas makan batuk, ubat demam, ubat sakit tekak, Cold Away dan vitamin C. Air lemon dan madu cengkih pun Mas amalkan untuk legakan batuk, tapi tak berkesan sangat pada Mas. Batuk tu paling teruk bila dari Maghrib bawak ke pukul 2-3 pagi, nak tidur pun tak boleh lena.
Alhamdulillah hari ni dah hari terakhir kuarantin, dah buat jugak test dan negatif. Walaupun tak perlu buat tapi nak puaskan hati kan, bila nampak satu line je naik baru boleh rasa lega. Mas pun dah makin sihat cuma batuk² ni masih berbaki lagi, Insya Allah akan sembuhlah nanti. Kena banyakkan ambik vitamin C!
Korang yang sihat tu tolonglah jaga diri yer, virus Omicron ni memang mudah berjangkit. Walau kita jaga camne pun bila dah kena memang sakit, jadi kena lebih jaga kesihatan!
Isnin, 24 Januari 2022
Gegar Vaganza 8: Konsert Akhir
Ahad, 23 Januari 2022
Menu diet pilihan
Nak berdiet tu senang tapi nak kekalkan momentum dan sediakan menu² diet yang betul² sihat tu bukan mudah ye, kena rajin sediakan sendiri menu² tu. Bukan tak boleh beli kat luar tapi kadang kita tak tahu pengawalan garam, gula dan minyak jadi nak betul² clean masak sendiri adalah lebih bagus!
Macam Mas sejak berdiet dari tahun 2015 memang semua menu diet Mas sediakan sendiri, tak perlu menu² yang berat memadai menu yang sihat dan mengenyangkan. Nak masak tu kenalah korbankan masa tidur, yelah Mas seawal pukul 7 pagi dah keluar rumah jadi pukul 4.30 pagi atau 5.00 pagi dah bangun siapkan menu diet untuk bawak bekal.
Lagu satu duit pun kenalah korbankan sikit, taulah kan biasanya makanan sihat ni agak mahal sikit. Contoh macam ikan salmon, memang agak mahal terutama kalau yang segar. Tapi Mas lebih suka beli yang frozen, harga murah sikit dan boleh beli lebih banyak. Sayur² segar pun agak mahal jugak macam pelbagai daun salad dan brokoli, tapi nak jaga pemakanan kena jugak beli kan?
Selain sayur dan protein, Mas jugak banyakkan makan buah-buahan seperti jambu batu, epal merah, epal hijau, betik dan nenas. Buah memang menu wajib Mas sebelum makan apa² menu lain, bagus tau untuk perut dan sistem penghadaman kita. Perut tengah kosong kan jadi elok amalkan makan buah supaya perut kita tak terkejut!
Selasa, 18 Januari 2022
Gegar Vaganza 8: Minggu Separuh Akhir
Isnin, 17 Januari 2022
Susah ke nak kekal bersenam?
Ya bagi Mas susah selagi ada perkataan nanti dan malas dalam diri tu,macam Mas sendirilah!
Pengalaman Mas masa PKP dulu, memang malas sungguh nak bersenam. Ada jugaklah buat bila tetiba rajin, tapi sekali je seminggu. Pastu banyak masa habiskan dengan tengok TV je, makan pun tak jaga sangat. Hasilnya berat badan Mas naik sampai ke 75 kg, pertama kali naik ke angka tujuh lepas berjaya kuruskan badan dulu.
Masa puasa dan lepas raya tahun 2020, Mas kembali diet dan jaga makan. Dapatlah turun ke 70kg, tapi tup tup mengandung pulak. Hahahaa tu yang malas diet, bila kurus sikit terus lekat. Dah mengandung naik semula berat cuma takde banyak sangat, naik dalam 3kg. Tapi rezeki mengandung tak panjang, masa 11 minggu Mas keguguran!
Haaa lepas je habis pantang gugur tu barulah Mas nekad nak kembali bersenam dan konsisten, nak capai semula berat badan 67kg yang pernah Mas dapat. Jadi Mas mula dengan brisk walk dan slow jogging setiap petang, dapat dalam 3 km dah memadai masa tu. Dalam 2 minggu jugak Mas kekalkan bersenam cara tu, alhamdulillah badan rasa segar dan kembali bertenaga.
Lepas dah rasa selesa dan badan pun dah boleh terima senaman setiap hari, Mas cuba running pulak. Mula² Mas lari perlahan dulu, dapatlah sehari dalam 4-5km. Mas konsisten setiap hari, memang tak skip langsung. Kalau berpuasa pun Mas lari jugak tapi ikut kemampuan dan kalau tak larat Mas jalan, janji berpeluh!
Alhamdulillah Mas mula bulan Ogos 2020 dan bulan November Mas berjaya dapat berat 68 kg, puashati sangat! Bila Mas kekal bersenam setiap hari dan jaga makan, hasilnya akan nampak. Jadi tak sia² segala penat lelah tu, hilang dah perkataan nanti dan malas tu. Mas akan rasa lain macam kalau tak lari, mesti nak lari jugak walaupun dapat 2-3 km je sehari!
Mas puashati asalkan bersenam sebab kalau dah berhenti payah nak mula semula, nanti macam² alasan kan? Lagi pun bila kekal bersenam ni badan akan sentiasa segar, tidur pun lena dan lebih bersemangat nak mulakan kerja setiap hari!
Jumaat, 14 Januari 2022
Tempat makan menarik di Langkawi
Rabu, 12 Januari 2022
Gegar Vaganza 8: Minggu Suku Akhir
Assalamualaikum...(^ ^)
Haihhh ramai jugak tak puashati Sa.Ya tersingkir di konsert suku akhir GV8, patutnya Shidee katanya. Ini pendapat Mas, Shidee tak tersingkir sebab vokal dia tetap tak sumbang walaupun tahap nyanyian dan persembahan dia biasa² je. Macam kumpulan Sa.Ya tu memang boleh dengar vokal mereka sumbang dan tak harmonis bila nyanyi bersama. Walaupun persembahan mereka menghiburkan tapi GV ni lebih utamakan vokal, jadi bagi Mas takde isu pun kenapa Sa.Ya tersingkir.
Haaa dah habis bab penyingkiran, kita kena akur dengan juri sebab mereka lebih mahir mengadili tahap vokal peserta kan? Ni Mas nak ulas pulak pasal markah tertinggi untuk konsert suku akhir ni. Suki Low berjaya raih markah tertinggi, mungkin kelebihan dia sebab bermain alat muzik. Bonda Hetty pernah cakap jika peserta buat persembahan menggunakan kelebihan bermain alat muzik akan dapat markah lebih. Jadi sebab itulah agaknya dia dapat markah tertinggi, walaupun bagi Mas persembahan dan vokal dia biasa je di konsert kali ni.
Pada pandangan Mas persembahan Aliff Aziz lagi mantap, vokal sedap dan penghayatan bagus. Masa dia sampaikan lagu Rapuh tu memang kita boleh rasa kesedihan tu, jadi patutnya dia dapat markah tertinggi. Aweera pun best nyanyi di konsert suku akhir ni, vokal mantap dan dia nyanyikan lagu Dia tu dengan baik!
Jadi peserta² yang bakal bersaing sengit di konsert separuh akhir nanti untuk rebut tempat ke pentas final, pastinya dah tau siapa kan? Antara Aliff, Suki, Nikki dan Aweera, Adibah pun boleh pergi final jika dia all out di minggu depan. Mas nak dia masuk final dan sekurang² menang, tak kisahlah tempat keberapa!
Konsert separuh akhir nanti kita bakal saksikan lapan peserta bakal bersaing menyanyikan lagu dengan tema Laguku Untukmu. Haaa Mas suka tema minggu depan, sebab lagu yang diberikan adalah medley lagu perlahan dan rancak yang dipilih oleh juri. Ini baru tepat, memang sepatutnya pemberian lagu diberi oleh juri sebab mereka lebih tahu setiap peserta tu mampu nyanyikan lagu camne untuk hasilkan persembahan terbaik.
Yeahhh mesti best, tak sabar tunggu! Lagu² yang diberikan pun semuanya best giler, tengoklah sendiri.
Selasa, 11 Januari 2022
Penangan Drama Kisah Cinta Kita
Assalamualaikum...(^ ^)
Walaupun drama Kisah Cinta Kita ni dah seminggu berakhir tapi Mas masih ulang tengok kat Disney Hotstar, yelah tak puas pulak rasanya tengok kemanisan pasangan sweet Amer dan Aleesa tu!
Haaa sebenarnya dah lama Mas tak layan drama Melayu ni selepas drama Rindu Awak Separuh Nyawa. Tapi kali ni sanggup layan sebab Aedy Ashraf berlakon, Mas memang suka lakonan dia dari zaman kanak² lagi. Bagi Mas lakonan dia tak pernah mengecewakan, sentiasa beri kesan pada para penonton. Lagilah bila dia bawak watak kekasih yang sweet dan gentleman tu, cakap pulak soft spoken je. Boleh cair tengok, hahahaa!
Macam Amelia Henderson pulak Mas tak pernah lagi tengok drama lakonan dia, pertama kalilah tengok dalam KCK ni. Menarik jugak lakonan dia, pandai bawak watak dan nampak natural je lakonan dia. Kalau babak menangis dan marah² tu nampak real, takde macam lakonan sangat. Pastu suka bila dengar dia cakap, fasih sangat bahasa Melayu walaupun ada sikit² slang mat salleh tu!
Haaa memang ramai yang cakap drama Kisah Cinta Kita ni ikut drama Korea sikit, tapi apa salahnya kan? Bukannya tiru sebulat sebijik, cuma ada beberapa babak yang mereka ikut. Macam Mas yang tak tengok KDrama ni memang tak kisah sangat, kalau Mas suka jalan cerita dan pelakon²nya Mas akan layan je drama tu.
Macam drama Kisah Cinta Kita takdelah berat sangat, takdelah setiap episod asyik babak nangis², dera² dan gaduh² ke. Drama dia santai² je, banyak babak² sweet yang boleh buat kita senyum² simpul bila tengok. Mas suka tengok drama camni, takdelah rasa emo sangat kan? Pukul 7 malam tu rekod dulu kat Astro dan lepas solat Maghrib baru layan sambil santai², hilang jugaklah penat lepas kerja.
Lagi satu yang bestnya layan KCK ni bila tengok peminat² drama ni siap wujudnya Squad Drama KCK kat Twitter. Mas takdelah ikut serta, tapi terhibur tengok diaorang siap tukar username Twitter kepada watak² dan props² dalam drama KCK tu. Heheheee memang kelakar dan buatkan kita lagi seronok nak tengok drama ni!
Pada korang yang minat drama sweet camni tapi tak sempat nak layan, boleh je marathon kat Disney Hotstar. Boleh layan terus 28 episod tanpa gangguan iklan, barulah syok!
Dengar kata produksi drama ni nak buat Kisah Cinta Kita 2 pulak, haihhh tak sabar ni!