Assalamualaikum...(^ ^)
Jaga makan dan senaman, ini yang Mas amalkan. Mas bukan amalkan diet atkins tapi diet yang seimbang dan konsisten.
1. Breakfast : 2 keping roti gandum penuh, sebiji epal hijau dan air kosong.
2. Minum pagi (10 pagi) : Segenggam fitness cereal dan secawan green tea.
3. Lunch : Ikan/ayam (yang dikukus, bakar atau sup), sayur dan ulam yang banyak dan air kosong. Nasi Mas ambik bila teringin nak makan, biasanya seminggu sekali. Itu pun hanya segenggam!
4. Tea time : Kekacang kerana kacang mengandungi lemak baik, cukup 10-12 biji dan air kosong.
5. Dinner : Ambik jika lapar sahaja sebelum jam 8 malam. Makan semangkuk fitness cereal, epal hijau dan air kosong.
Jangan lupa minum air secukupnya sekurang² 2 liter sehari. Mas lebih suka minum infused water kerana ia adalah detox yang paling bagus!
1. Jogging 3 kali seminggu (5-7km)
2. Aerobik sekali seminggu
3. Zumba sekali seminggu
4. Workout setiap hari selama 30 minit sebelum tidur. Antaranya cardio, squat, plank dan skipping
Alhamdulillah dengan cara ini Mas dapat kurangkan berat badan dan lebih sihat. Yang penting Mas bukan berdiet yang perlu berlapar untuk kurus.