Assalamualaikum...(^ ^)
pengalaman kami naik belon panas tahun 2011
Sekarang ni fiesta belon panas sedang hangat menyerang di Putrajaya dan pastinya ramai yang tidak mahu lepaskan peluang untuk merasa pengalaman menaiki belon panas tu. Walaupun hanya naik sekejap je selama 10 minit tapi ia adalah satu pengalaman yang sangat seronok.
Sedikit makluman.
Hanya 2 sesi saja yang dibuka, sesi pagi dari jam 8 pagi hingga 11 pagi dan sesi petang dari jam 6 petang hingga 9 malam. Kaunter tiket sesi pagi akan dibuka pada jam 7.30 pagi dan sesi petang pada jam 5.30 petang, hanya 300 tiket sahaja yang dijual bagi setiap sesi.
Harga tiket yang dijual adalah RM10 seorang dan seorang hanya boleh membeli 4 tiket sahaja. Tiket yang dibeli pada sesi pagi tidak boleh digunakan pada sesi petang, mesti digunakan untuk sesi pagi sahaja. Untuk naik belon panas bergantung pada keadaan cuaca, kalau cuaca tidak mengizinkan untuk naik mereka akan bayar balik duit tiket yang dibeli.
Tapi bukan mudah nak merasa pengalaman itu, perlu banyak bersabar dan punya semangat yang cekal. Di sini Mas sertakan sedikit tips yang perlu dilakukan kalau betul² ingin merasa pengalaman itu, semua ini adalah berdasarkan pengalaman sendiri.
Jangan datang on time, misalnya sesi petang kaunter tiket akan dibuka pada jam 5.30 petang. Janganlah tepat pukul 5.30 baru nak datang, memang tak merasalah nak naik sebab waktu itu orang dah beratur hampir 2 km. Datanglah awal sikit dalam pukul 4.00 petang ke, barulah ada peluang.
Satu lagi yang penting kalau nak naik lebih dari 4 orang, jangan seorang je yang beratur. Sebab seorang hanya boleh beli 4 tiket sahaja, jadi beraturlah 2 atau 3 orang.
Selamat mencuba untuk kawan² yang ingin cuba naik, Mas teringin nak cuba naik lagi tahun ni. Tapi tengok mood jugaklah, kalau rajin!