Assalamualaikum...(^ ^)
Gendang gendut tali kecapi
Kenyang perut suka hati
Jom pi tengok Panda Gergasi!
Keterujaan dan keseronokan kami diteruskan selepas perut dah kenyang. Lagi berkobar² bila pihak zoo kata "Kita menuju ke Giant Panda Conservation Centre (GPCC)". Yeayyy lompat bintang! Inilah saat yang ditunggu oleh anak², mak² dan bapak². Pertama kali nak tengok panda depan mata.
Melangkahlah kami dengan riang gembira ke GPCC. Tapi sebelum tu sempat singgah sekejap di Bee Museum
. Dapatlah Mas merasa madu asli di sini, masam² manis rasa dia. Nyum² sedap! Tapi sebelum dibenarkan masuk ke GPCC kami ke Ape Centre
untuk melihat spesis orang utan dan siamang. Mereka anak beranak ditempatkan di situ dan ada
sejarah kelahiran mereka dicatat.
Salah seekor orang utan disitu, Sulong namanya. Tua dah kan?
Akhirnya setelah puas menunggu kami dibenarkan masuk ke GPCC. Sebelum dibawa turun ke tempat panda, kami diberi sedikit taklimat oleh pihak GPCC. Kami dibenarkan mengambil gambar tetapi tidak boleh ada flash dan tidak dibenarkan membuat bising kerana akan mengganggu mood panda.
Diperkenalkan The Giant Panda, Fu Wa. Kami hanya tengok Fu Wa sebab Feng Yi dan anaknya yang baru lahir masih dikuarantin selama 2 bulan. Lepas 2 bulan baru boleh datang tengok baby panda.
Semalam 23 Ogos adalah hari lahir Fu Wa dan Feng Yi yang ke 9 tahun. Dapatlah kami tengok pihak GPCC sediakan kek harijadi Fu Wa. Keknya terdiri dari kek buluh, epal, lobak merah dan semestinya makanan wajib panda iaitu buluh. Gigih kami tengok pihak GPCC sediakan kek buat Fu Wa.
Tengoklah penuh khusyuk dan berselera dia makan. Tak hiraukan dah para pengunjung ambil gambar. Happy 9th Birthday Fu Wa!
Ini fakta mengenai Fu Wa dan Feng Yi yang boleh kita baca di GPCC. Boleh tambah ilmu pengetahuan!
Dah dapat tengok panda maka sempurnalah KBBA Bloggers Day Out @ Zoo Negara. Berjuta² terima kasih pada pihak zoo dan para penaja atas peluang yang sangat bermakna ini. Gambar kenangan di GPCC menunjukkan yang kami dari KBBA sangat seronok dan puashati. Kenangan manis ni pastinya terpahat di hati sanubari kami semua!