Assalamualaikum...(^ ^)
macam nilah orang bangsa asing... dah diberi peluang belajar di negara orang, pastu buat jenayah pulak! kepakaran tu pulak disalahgunakan untuk tujuan yang tidak baik...
3 pelajar asing miliki kepakaran IT ceroboh akaun bank, pindah RM250,000
KUALA LUMPUR : Tujuh suspek, termasuk tiga pelajar warga asing dipercayai dalang utama sindiket penipuan perbankan internet ditahan dalam satu serbuan di sebuah rumah di Millennium Square, Petaling Jaya di sini, awal minggu ini bagi membantu siasatan kes pemindahan wang 12 mangsa secara haram berjumlah RM250,000.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Syed Ismail Syed Azizan berkata ketiga-tiga pelajar warga asing itu dikenalpasti perancang utama sindiket berkenaan, malah seorang daripada mereka berkemahiran menceroboh pangkalan data internet dan dipercayai bergiat sejak awal tahun ini.
Teknik digunakan ialah 'phishing' atau proses mendapatkan maklumat sensitif melalui kios seperti nama pengguna, kata laluan dan maklumat kad kredit dengan menyamar sebagai entiti sah dalam komunikasi elektronik dan menyasarkan kios beberapa bank di Lembah Klang.
(sumber : Berita Harian)
bahaya kan? jadi kenalah lebih berhati2 bila menggunakan perbankan internet... janganlah mudah2 mendedahkan maklumat akaun kita kepada mana2 pihak! pastu kalau ada dapat panggilan daripada pihak yang mendakwa wakil bank janganlah mudah percaya, siasat dulu betul atau tidak!
jenayah cyber sekarang semakin berleluasa!