Assalamualaikum...(^ ^)
Mas ni suka jugaklah tengok drama melayu, tapi tak semua dramalah. Ada drama yang Mas suka sebab jalan ceritanya, ada sebab Mas minat pelakonnya. Tapi jaranglah ada drama yang betul beri kesan mendalam pada Mas, sampai kagum dengan lakonan pelakonnya dan jalan cerita tu terkesan kat jiwa.
Drama Cemburu Seorang Perempuan telah berjaya beri kesan mendalam pada Mas, terutama watak yang dilakonkan oleh para pelakon. Memang drama tu kisah rumahtangga biasa je, kisah cemburu seorang isteri apabila dia izinkan suaminya kahwin lain dek kerana nak kan seorang anak yang sempurna. Tapi heroin utamanya telah beri impak lakonan yang sangat terbaik, memang Mas salute sangat!
Emma Maembong, satu nama yang kita tahu sering berlakon drama. Sebelum ni Mas tak pernah minat lakonan dia, jaranglah nak tengok drama dia. Tapi bila saksikan lakonan dia dalam Cemburu Seorang Perempuan memang terbaik, dia dapat menjiwai watak dengan bagus sekali. Bila dia marah mengamuk nampak sangat real, bila dia jadi gila tu nampak seolah betul² gila dan bila dia menangis Mas turut sama menangis. 10 bintang Mas bagi untuk lakonan dia!
Pastu pelakon lain pun tak kurang hebatnya, macam Amyra Rosli dan Nisdawati. Dua² ni bab berlakon menangis memang mereka terbaik, takdenya nak menangis teresak² je tapi airmata tak keluar. Tapi mereka memang menangis betul² sampai terkesan kat jiwa kita, apalagi banjirlah bila dok tengok babak sedih mereka.
Tahniah pada pengarah dan para pelakon drama Cemburu Seorang Perempuan kerana buat Mas tak pernah missed tengok drama tu selama 20 episod. Memang beri pengajaran pada kita terutamanya sebagai seorang perempuan, kita kena kawal rasa cemburu tu dan jangan terlalu membabi buta dan ikut perasaan. Memang cemburu dan wanita tak dapat dipisahkan, tapi kena ingat kita kena sentiasa bersyukur dengan apa yang Allah dah bagi kat kita.