Assalamualaikum...(^ ^)
Bila buka dan baca je surat ni terus rasa kecewa dan sedih sangat! Memang takde rezeki Airis nak masuk ke Pra Sekolah.
Dalam entri Airis tak dapat Pra Sekolah ni, Mas ada cerita yang kami mohon banyak sekolah. Pastu Sekolah Bandar Baru Salak Tinggi ada tawarkan untuk buat rayuan sebab ada 5 kekosongan untuk kanak² 5 tahun. Masa tu bersyukur sangat sebab boleh merayu dan berharap ada rezeki Airis.
Tapi jangkaan kami meleset! Rupanya selepas dah buat rayuan sekolah akan tapis lagi dan akan utamakan keluarga yang pendapatan kurang dari RM3k. Hurmmm memang takdelah rezeki kami!
Rasa kecewa dan terkilan tu memang ada, sapa tak nak anak masuk sekolah kan? Tak sangka pulak pemilihan sekolah sekarang berdasarkan jumlah gaji. Bukannya apa walaupun gaji kasar kami suami isteri lebih dari RM3k tapi tak semestinya kami mampu nak hantar anak ke sekolah/tadika swasta. Banyak tanggungan nak kena fikir, kalau anak bersekolah seorang je mungkin boleh.
Susahnya nak hantar anak sekolah sekarang kalau takde duit yang cukup. Memang orang boleh cakap nilai pelajaran tu tak ternilai dengan wang ringgit, takpe kalau berhabis sikit. Memang betul tapi kalau tak mampu susah jugak! Tapi takpe Mas dan husband akan usahakan untuk Airis bersekolah jugak tahun depan. Kalau dah tiada pilihan terpaksa hantar swasta kami akan usahakan selagi termampu!
Sekarang masih berusaha merayu lagi dan tunggu sehingga awal Januari nanti. Mana tahu ada ibu bapa yang menolak atau ada kosong ke? Moga Allah luaskan lagi rezeki untuk Airis bersekolah.