terkini dan sensasi

Ahad, 6 Mac 2011

Sg Pinang, Batang Kali

Assalamualaikum...(^ ^)


hari ni rasa seronok sangat ... pertama sebab blog Mas terpilih sebagai bloglist Ben Ashaari... kedua sebab dapat pergi berkelah kat Sg Pinang ni... sebenarnya dah lama Mas nak pi berkelah kat kawasan sungai ni, tapi bila ajak husband dia asyik sibuk je... bila dah dapat peluang pergi hari ni maka enjoy dan mandi sepuas hatilah... layan gambar dululah ye!

posing sebelum mandi manda

seronoknya main air

pose ayu lagi menawan... hehehe!

eh! tengok apa tu??

macam iklan KFC fish donut lah!

dah puas mandi, posinglah pulak

wif my sista

siap bawak payung tu, props untuk photoshoot lah ni..

tempat perkelahan ni bagi Mas punya tarikan sendiri... selain daripada cantik airnya sangat sejuk dan nyaman... memang sesuailah kalau nak berkelah bersama keluarga dan kawan-kawan... tapi satu je sikap pengunjung disini yang Mas tak suka, mereka sesuka hati buang sampah merata-rata tempat... longgokan sampah seperti sisa-sisa makanan ni mengundang sang lalat dan bau yang kurang menyenangkan lubang hidung...

sedikit sebanyak ini akan menganggu mood kita untuk berkelah dan mencemarkan sungai... tak salah kan kalau kita kumpulkan sampah tu dalam beg plastik kemudian buang di tempat yang disediakan... harap kawan-kawan tak buat begini ye bila pergi berkelah di kawasan sungai... 

picca family utk tatapan semua...

1 ulasan:

  1. bestnyer mandi sungai...tapi jauh benor la kalau nak terjah...hehehhe

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com