Assalamualaikum...(^ ^)
Ucapan terima kasih ni sepatutnya dah sinonim dan sebati dengan jiwa kita, dalam apa jua keadaan kita seharusnya berterima kasih. Bukan hanya bila ada orang membantu tapi jika kita terima sesuatu dari orang ucap jugak terima kasih tu, tak susah pun!
Bagaimana nak ajar anak² kita berterima kasih? Sebenarnya anak kecil yang mengucapkan terima kasih kepada sesiapa yang membantunya atau memberinya sesuatu sangat jarang dijumpai. Alangkah gembira dan sejuknya hati kita apabila anak sekecil 3 tahun mampu menilai penghargaan yang diberikan kepadanya dengan mengucapkan terima kasih.
Untuk mengajar anak berterima kasih, pertama sekali ia mesti dimulakan oleh ibu bapa dan orang sekelilingnya. Ucapan terima kasih ini mudah sangat tertinggal atau terlupa, akan tetapi ia sangat penting. Ucapan ini dapat menghasilkan peribadi yang sering merendah diri dan tidak berbangga² dengan harta atau sesuatu yang dimiliki. Bila dah selalu ajar anak² dengan ucapan terima kasih, pasti ia akan sebati dengan mereka. Automatik mereka akan ucapkannya bila menerima pertolongan dari orang lain.
"Terima kasih sebab ambilkan air untuk mama."
"Terima kasih sebab picit kepala mama."
"Terima kasih sebab jadi anak yang mendengar kata."
"Terima kasih sebab selalu tolong mama jemur kain."
"Terima kasih sebab sayang mama, babah dan adik."
Banyak ucapan terima kasih yang boleh diberikan kepada anak² kita. Dengan permulaan ini, mereka akan belajar untuk menghargai sesuatu dan belajar merendah diri di hadapan orang.
pelajaran yang berguna sis
BalasPadamTQ mas!
BalasPadamCA pun selalu buat mcm tu kat akmal.. minta tlg dia buat sesuatu n x lupa 2 say tq.. alhamdulillah, skang ni pun dia da pandai. bila CA buatkan ape2 tuk dia, he will say tq too
BalasPadamanak lelaki rajin tolong sidai kain bila di suruh je.. tapi biasanya kak liza sebut "TQ bang!". baby pun bila ditanya "cakap apa?".. dia jawab tima ashih". betul mas.. apa pun kita yg dewasa kena amalkan agar jadi ikutan mereka.
BalasPadamterima kasih kerana menyediakan entri sebegini.
BalasPadammelentur buluh biarlah dari rebungnya..kan akk..
BalasPadamBetul!
BalasPadamIni antara perkara yang menjadi 'malu-malu' untuk ibu bapa di malaysia buat. They draw the at initial relationship...sebab biar ada gap tapi bila besar, anak2 tak tahu mcm mana hargai....
assalamualaikum mas...alhamdullilah semoga sentiasa menjadi amalan kita selalukan...:)
BalasPadamterima kaasih kerana sudi share dan beri tips disini
BalasPadamanak2 memang kena didik macam ni :) bagus3
BalasPadambetul2...kita ibu bapa yang kena mulakan..jangan kita sibuk ajar anak tapi kita sendiri tak buat..satu lagi kata "maaf' itu pun penting tu..
BalasPadamdia nk kena ajar dari kecik kan kak. baru mudah melekat. :)
BalasPadamTERIMA KASIH masih setia bersama NEXT TOP BLOGGER 1 :)
BalasPadam