mrs secretary

Jumaat, 24 Februari 2012

Tips cuti-cuti : Itinerary

Assalamualaikum...(^ ^)

Update Sabah : Sekarang dah ada kat KK, hari ni island tour ke Pulau Manukan dan Pulau Sapi.


Ada lagi tips cuti² hari ini, Mas nak kongsi pulak mengenai perlunya menyediakan itinerary untuk percutian kita. Itinerary ialah jadual aktiviti kita sepanjang bercuti di destinasi pilihan tu.

Kenapa perlu itinerary? Senang untuk kita merancang jadual perjalanan, tidaklah nanti bila berada di destinasi percutian baru kita terkial² nak pilih tempat mana dulu yang nak dilawati. Dengan adanya itinerary, semuanya akan lebih teratur dan terancang. Baru seronok bercuti kan?

Itinerary yang dibuat perlu lengkap, antaranya ialah perancangan masa. Misalnya pukul berapa kita nak berkumpul di airport. Kalau masa tu tak ditetapkan, takut nanti ada yang terlewat pulak. Seterusnya apa aktiviti yang nak kita lakukan sepanjang bercuti tersebut, semuanya perlu dijadualkan dari hari pertama sehingga hari terakhir. Takdelah kelam kabut nanti! 

Bila kita buat itinerary sebegini, baru tidak terlepas pandang untuk melawati semua tempat² menarik di destinasi percutian tersebut. Sebabnya kita dah rancang dari awal tempat mana yang nak dilawati. Pastikan jugak setiap orang yang menyertai percutian dapat sesalinan itinerary tersebut, senang mereka nak rujuk nanti.

Bila dah rancang baru seronok percutian tu. Ada tips lagi esok, jangan lupa baca.

9 ulasan:

  1. Tq, Tip yg berguna..Slmt bercuti Mas:)

    BalasPadam
  2. hepi travel mas...pasti seronok..

    BalasPadam
  3. rajen btol autopublish! :) beli ole2 ye hehe

    BalasPadam
  4. assalamualaikum mas...seronoknya dapat melancung n jejalan kan dapat tip lg nak pi melancung dr mas kat sini...:)

    BalasPadam
  5. Mas, CK nk copy itinery sabah nie. Pasnie plan nk ke sana. Bolehkan>?

    BalasPadam
  6. betul !! bila ada jadual, barulah timing tu teratur kan !!

    BalasPadam
  7. sungguh padat sekali jadual melancong hehehe

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com