terkini dan sensasi

Selasa, 13 Mac 2012

Hidup perlu perancangan

Assalamualaikum...(^ ^)


Perjalanan dalam kehidupan tidak seharusnya berpandukan dengan apa yang terbentang di depan mata sahaja, ia perlukan perancangan supaya kita dapat menempuhi kehidupan ini dengan lebih bermakna dan sempurna. Tapi biarlah apa yang dirancang itu mengikut kemampuan diri sendiri supaya ia lebih mudah untuk dilaksanakan. 

Setiap perancangan itu harus diisi dengan matlamat, misi serta visi yang disenaraikan dengan lengkap. Dengan cara ini perancangan itu akan menjadi panduan dalam menentukan hala tuju kehidupan, ia mesti meliputi prestasi dalam menjaga kualiti kerja dan dalam kehidupan peribadi.

Misalnya sebagai seorang pelajar, mesti kita ada matlamat dan perancangan apa yang ingin dilakukan bila dah tamat belajar nanti. Mesti kita nak kerja yang bagus bersesuaian dengan kelulusan kita, tak akan hanya nak berserah pada nasib. Ikutlah nak dapat kerja apa pun, mesti takde orang nak kehidupan camtu kan?

Matlamat dan perancangan jugak mesti teratur, jangan hanya rancang tapi tidak berusaha untuk merealisasikannya. Camne nak berjaya kalau hanya harap kejayaan datang sendiri di depan mata. Jika ada matlamat yang belum tercapai kita boleh menilai semula, perbaiki apa kelemahannya dan jika perlu kita rancang sesuatu yang lain. Barulah perancangan hidup tu berjaya!

Hidup ini jangan hanya berserah dan menyerah, usaha dan rancang dengan teratur. Jika gagal, jangan putus asa kerana kita hanya mampu merancang tapi Allah yang tentukan segalanya.

11 ulasan:

  1. betul kak, apa apa pun, mesti ada matlamat..ataupun target @ goal.

    Kalo matlamat tapi misi untuk menjayakan matlamat tak ada..kosong jugak akhirnya.

    have a good dayy kak.

    BalasPadam
  2. betoi... betoi... betoi...

    BalasPadam
  3. matlamat itu penting agar kita tak tersasar! nice entry mas....ck suke

    BalasPadam
  4. bes2!
    ai like dis entri
    mmbuat kan mimi lbh nak mengatur kewangan sbb bru mula keje
    pakat sume nak beli
    hahahahhahaa

    BalasPadam
  5. betul kak mas...memang hidup perlukan perancangan yang rapi..

    kita merancang,Tuhan menentukan..
    bab kahwin pun perlu rancang yang rapi..

    eka nak tunang dah bulan 5 ni,tapi tetap fikir pasal kahwin sekali...
    kehidupan selepas kahwin lagi....

    semua kena plan awal..minta izin shared akak punya entry ni ya

    BalasPadam
  6. perancangan mengejar matlamat memang perlu supaya perjalanan hidup teratur dalam mencapai impian tu.

    BalasPadam
  7. @Cik Eka
    boleh, share je!
    benda yang baik harus dikongsi kan?

    BalasPadam
  8. assalamualaikum mas...betul tu setiap yg dilakukn perlu ada perancangannya dan kita hanya berharap semua yg dirancangkan berjalan dgn baik n sempurna...:)

    BalasPadam
  9. Salam.
    Entry yang bagus. Cuma, saya punya perancangan masih samar2..step pertama pun belum tercapai.

    BalasPadam
  10. Kehidupan sememangnya kena ada targert dan perancangan

    BalasPadam
  11. ayah saya salu pesan...rancang hidup tu kalau tak nnti takde target !!:)

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com