terkini dan sensasi

Ahad, 4 Mac 2012

Pembuka selera hari ini

Assalamualaikum...(^ ^)

Tengah siap² ni, kejap lagi nak pergi menonton filem Adnan Sempit 2. Tapi sebelum tu Mas nak kongsi menu lunch hari ini iaitu Asam Pedas Ikan Jenahak, Sambal Cili Ikan Terubuk Masin, Ikan Masin Keropok Goreng dan ulam-ulaman. Mas nak kongsi jugak resepi Sambal Cili Ikan Terubuk Masin, nanti bolehlah kawan² cuba ye!


Bahan-bahan
5 ketul ikan terubuk masin
2 biji cili besar (ditumbuk)
3 biji bawang besar (dihiris)
Sebiji limau kasturi

Cara membuatnya
Mula² basuh ikan terubuk masin dan goreng garing. Kemudian goreng bawang besar sehingga garing, bila dah garing tumis bersama cili besar. Bila cili dah masak, masukkan ikan yang telah digoreng tadi. Gaul sehingga rata dan angkat, hidang dengan perahan air asam limau kasturi.

Itu saja, mudah kan? Memang sedap dimakan bersama nasi panas.

Selamat mencuba!



8 ulasan:

  1. assalamualaikum mas...wah sedapnya lauk mas hari ni terliur rasanya...:)

    BalasPadam
  2. hmmm...
    terliur sy tgk smbal ikan masin tu...
    teringat sambal ikan masin yg mak masak...:)

    BalasPadam
  3. ahaaa, hujung minggu. kalau masuk blog ni mesti terliur punya !! :) hehe

    BalasPadam
  4. pinggan putih berbunga merah tu klasik la, mas!

    BalasPadam
  5. ikan masin tu.. perhh..
    meleleeehhh,,.~

    BalasPadam
  6. ya allah..terus lapar tgok..ni tgok jer dah lapar..lom makan lagi ni...

    BalasPadam
  7. Assalam,

    Mohon izin share gambar sambal cili terubuk masin di fanpage FB saya ya cikpuan. Boleh ya? :)

    http://www.facebook.com/photo.php?fbid=10151428998270284&set=a.454967940283.373243.324656380283&type=1&theater

    Terima kasih

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com