terkini dan sensasi

Isnin, 8 September 2014

Chef Cilik Atikah

Assalamualaikum...(^ ^)


Inilah Chef Cilik mama dan babah.

Tahniah kakak sebab berjaya hingga ke peringkat separuh akhir, walaupun mama sedikit terkilan sebab tak dapat langsung tengok anaknya memasak.

Hari Sabtu lepas Atikah berjaya ke peringkat separuh akhir untuk Dapur Cilik Halfest tu. Memang teruja nak tengok dia memasak sebab masa peringkat awal dan suku akhir Mas tak dapat tengok, maklumlah hari bekerja.

Mas dah cadang nak keluar awal dari rumah sebab dah tahu mesti ramai orang nak ke Halfest. Tapi disebabkan husband ada kerja pukul 1 tengahari gerak dari rumah. Sekali masuk jalan nak ke The Mines, dia punya jammed memang panjang. Mas memang dah tak senang duduk dalam kereta, asyik bebel kat husband. Pukul 3 lebih baru sampai, memang kecewa sebab Atikah dah habis masak. Jadi dapat tengok hadiah yang dia dapat je! 

Tapi walau apa pun mama dan babah tetap bangga dengan kebolehan kakak. Tak berjaya ke peringkat akhir pun takpe, janji kakak dah cuba yang terbaik!

3 ulasan:

  1. tahniah...masak ape tu? terer btl

    BalasPadam
  2. Tahniah berjaya melahirkan anak yang pandai memasak dan melatih stage presentation dan tidak takut pentas.. bukan semua mampu melahirkan anak sebegini apalagi diwaktu zaman moden sekarang ni anak2 lebih berminat dengan gajet sahaja.. tahniah sekali lagi..

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com