terkini dan sensasi

Isnin, 5 Oktober 2015

Ummiza Cafe : Masakan kampung terbaik

Assalamualaikum...(^ ^)

Bila teringin untuk makan di luar, Mas akan pastikan memilih restoran yang menyediakan masakan kampung terbaik. Ada ulam-ulaman, ada sambal belacan dan ada lauk pauk kampung tradisional yang ala² masakan ibu. Pasti puashati makan dan perut pun kenyang dengan gembiranya. Semalam Mas bersama kawan² KBBA berpeluang food review di sebuah restoran masakan kampung. Memang menepati citarasa Mas!


Ummiza Cafe : Masakan Kampung Terbaik
Restoran ini terletak di Kampung Jenderam Hulu Sepang, 5 minit je dari rumah Mas. Lokasi berhampiran dengan jalan utama menjadikan ianya tempat yang sesuai untuk singgah menjamu selera. Tarikan masakan melayu kampung yang disediakan sendiri oleh pemilik restoran membuatkan ianya dikenali. Menu² memang memikat selera siapa sahaja yang makan di sini.

Bukan saja makan tengahari tetapi restoran ini jugak menyediakan menu untuk sarapan pagi. Dengan pilihan menu seperti Roti Canai, Nasi Lemak, Bihun Goreng, Mee Goreng dan aneka kuih-muih tradisional yang menyelerakan.


Perkhidmatan Katering
Selain menyediakan menu sarapan dan makan tengahari, Ummiza Cafe jugak menyediakan perkhidmatan katering. Tempahan katering hanya diambil untuk 300 orang ke bawah bagi majlis makan keluarga/pejabat, majlis hari lahir dan majlis ulangtahun.

Harga ditawarkan berdasarkan harga pasaran dan kuantiti lauk yang ditempah. Manakala pilihan lauk pauk berdasarkan menu setiap hari. Namun pihak Ummiza Cafe hanya menyediakan tempahan tetapi peralatan catering dan pengangkutan tidak disediakan. Ini kerana mereka kekurangan kakitangan.


Jika kawan² tercari² restoran dan perkhidmatan katering yang menyediakan masakan kampung, Ummiza Cafe adalah pilihan terbaik. Sedikit info mengenai Ummiza Cafe.

Alamat:
Ummiza Cafe
Masakan Melayu & Oriental
No. 229, Batu 29, Kampung Jenderam Hulu
Sepang, Selangor Darul Ehsan

Nombor Telefon:
Puan Nor : 019-6682069
Ain : 011-10602569

Waktu Operasi: 
Isnin hingga Sabtu (7 pagi - 3 petang)
Tutup : Ahad & Cuti Umum

Instagram: @ummizacafe

Ini antara pilihan lauk pauk di Ummiza Cafe. Pilihan hati sudah tentulah Asam Pedas Ikan Tenggiri, Keli Berlada dan Sambal Udang Petai, memang menetapi citarasa dan selera Mas!

Ikan Goreng

Ikan Kembung Berlada

Keli Berlada

Asam Pedas Ikan Tenggiri

Ayam Goreng

Ayam Masak Merah

Ayam Kicap Berlada

Ayam Kampung Masak Lemak Cili Api

Sambal Udang Petai

Kari Daging

Gulai Lemak Cili Api Siput Sedut

Gulai Rebung

Gulai Pucuk Ubi

Sup Cendawan

Sayur Kubis Goreng

Sambal Ikan Bilis

Telur Masin

Ulam-Ulaman dan Sambal Belacan

Perghhh semua menu bikin air liur meleleh. Jadi jangan lupa ke Ummiza Cafe. Tak lupa terima kasih dari kami ahli Kelab Blogger Ben Ashaari kepada pemilik restoran yang cantik manis dan baik hati. 


kredit gambar Ida Baharum

15 ulasan:

  1. Buat yanie lapar pepagi ni..terliur tengok...

    BalasPadam
  2. Memang kena ngan selera akak jugak Mas..sedap!!

    BalasPadam
  3. akak , nanti gi makan lagi kat sini ...
    rumah akak kan dkt jee . hihi .

    BalasPadam
  4. kena p repeat lagi nampak gaya nye nie

    BalasPadam
  5. Hurmmm.. nampak sangat menyelerakan lah lauk2 dia

    BalasPadam
  6. uncle nampak ada logo WIFI percuma!

    Yeay!

    BalasPadam
  7. Tak boleh tahan dari jauh bau tu dah masyukkkk...bila dah makan terringat2...arghhhhhhhhh ummiza oh ummiza...

    BalasPadam
  8. Mass, nanti lain kali boleh la dtg lagi. Tak jauh ngan umah kita nih

    BalasPadam
  9. Kak mas,, bawak mera p sini lagiiii... hehehe

    BalasPadam
  10. assalamualaikum mas....bestnya dpt mkn yg sedap2 ni...:)

    BalasPadam
  11. menu² masakan kampung yang menyelerakan :)

    BalasPadam
  12. Selalu lalu jer restoran ni pagi dan petang...
    bila lah dapat singgah ni...
    menu sangat menarik

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com