Logo KBBA

terkini dan sensasi

Selasa, 8 Mac 2016

Cuti Sabah 2016 : Melantak seafood

Assalamualaikum...(^ ^)

Mas kembali dengan cerita cuti Sabah yang lalu. Banyak nak cerita, harap boleh jadi panduan pada kawan² yang bercadang bercuti ke Sabah. Hari ni cerita pasal melantak seafood, haaa melantak kooo! Datang Sabah memang wajib makan seafood, syurga seafood kat sana. Semuanya dijual dengan harga yang berpatutan, tapi diingatkan kena pandai pilih gerai yang tawarkan harga murah. 

Malam pertama di Kota Kinabalu memang Mas terus ajak husband makan seafood, mana boleh tahan kan? Sebelum melantak seafood kami pergi tengok sunset dulu di Jesselton Point Jetty. Dengan permandangan yang cantik dan angin yang kuat, memang seronok lepak kat situ! 




Tempat makan seafood yang biasa jadi pilihan Mas ialah di Todak Waterfront. Landmark dia senang je, cari Hyatt Regency Hotel pasti jumpa gerai² seafood yang banyak. Melangkah masuk ke situ memang pelbagai jenis seafood dijual, rambang mata tengok. Ada pelbagai jenis ikan, sotong, kerang, udang, ketam, lala dan lobster. Harga yang dijual memang berpatutan tapi seperti Mas cakap kena pandai pilih gerai yang tawarkan harga yang paling murah. Baru berbaloi makan!


Setelah pusing keliling kami jumpa gerai yang tawarkan harga yang paling murah dan kami pilih seekor ikan merah (RM3 untuk 100 gram), 2 ekor ketam (RM3 untuk 100 gram) dan 2 ekor sotong (RM2 untuk 100 gram). Pilihan masakan pulak ialah Ikan Merah Sweet Sour, Ketam Telur Masin, Sotong Goreng Tepung dan sayur Baby Kailan. Nasi hanya ambil sepinggan untuk anak², Mas dan husband ratah lauk je. Lagi satu dinasihatkan kalau boleh makan kat sini ambil air mineral je, sebab kalau air lain memang mahal. Malam tu kami hanya belanja RM66, memang murah!


Malam kedua lagi sekali kami melantak seafood, tak puas makan sekali. Kali ni kami pilih menu lain pulak. Pilihan kami Ikan Siakap Masak Taucu, Kerang Bakar, Tomyam Seafood dan Sayur Paku Pakis. Fuhhh memang meletup! Kali ni kami kena RM70, mahal sikit sebab ambil 4 pinggan nasi dan minum air buah. Tapi bagi Mas berbaloi sebab tak sampai RM100 pun makan untuk 5 orang.

Haaa puashati 2 malam makan seafood. Esok Mas cerita kisah pahit manis pergi Island Tour.

3 ulasan:

  1. assalamualaikum mas...mmg seronok bercuti sambil mkn di tepian laut begini...:)

    BalasPadam
  2. mmg kt situ best masakannya....tp time js stay kt sana trus xlalu sbb agak krg bersih kalau tengok di siang hari huhu....

    BalasPadam
  3. Sedapnya. Dah lama teringin pergi sabah, tapi belum kesampaian ....

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com