Logo KBBA

terkini dan sensasi

Jumaat, 4 Mac 2016

Cuti Sabah 2016 : Tiba di Kundasang

Assalamualaikum...(^ ^)


Mas dah kembali! Maaflah lama tak update sebab Mas pergi bercuti ke Sabah dari 28/2/16 hingga 3/3/16 yang lepas. Jadi hari ni Mas nak kongsi segala pengalaman pahit manis dan memori indah percutian Mas di sana. Ini dah kali ketiga Mas bercuti ke sana dan Sabah memang sentiasa jadi destinasi percutian pilihan Mas. 


Mas mulakan cerita dengan perjalanan kami ke Kundasang dulu. Setelah tiba di Kota Kinabalu kami ambil kereta sewa dan terus gerak ke Kundasang. Nasib ada kawan husband kat sana, jadi dapatlah sewa kereta dengan harga yang murah. Kami sewa kereta Proton Saga FLX dengan harga RM350 untuk 3½ hari.




Setelah menempuhi perjalanan selama lebih kurang 2½ jam kami selamat tiba di Kundasang. Masa tiba cuaca agak berkabus tebal. Risau jugaklah takut esoknya tak dapat tengok gunung dengan jelas. Tapi Mas doa moga ada rezeki nak tengok gunung dan dapat rakam gambar sebagai kenangan.


Penginapan pilihan Mas di Kundasang sudah tentu Kinabalu Pine Resort. Mas suka menginap di sini sebab boleh tengok permandangan Gunung Kinabalu dengan jelas. Cuaca kat sini sejuk dan nyaman, memang sesuai untuk honeymoon. Pakej harga bilik yang Mas dapat RM256 untuk satu malam + breakfast dan dinner untuk 2 orang. Dalam bilik hanya ada 1 katil king jadi Mas tambah 2 unit mattress dengan harga RM30 seunit. Bagi Mas berbaloi sebab bilik luas dan selesa, pastu ada balkoni untuk memudahkan tengok permandangan gunung. Pastu ada jugak Rabbit House, memang tarikan untuk anak² ni. Tak tahu berapa kali anak² Mas dok ulang bagi makan arnab. 




Selepas selesai urusan check in bilik dan makan tengahari kami terus gerak ke Ranau untuk ke Kelah Sanctuary dan Ladang Teh. Perjalanan ke sana mengambil masa lebih kurang ½ jam. Tapi agak mengecewakan apabila tiba di Kelah Sanctuary sebab mereka terpaksa tutup kerana air sungai keruh akibat hujan. Jadi memang tak boleh nampak ikan dan mereka takut pengunjung akan terkena jangkitan atau virus akibat air kotor. Jadi kena tunggu esok kalau ada rezeki air sungai dah jernih. 



Tak dapat tengok ikan kami singgah sekejap kat Ladang Teh, niat memang nak beli teh Sabah. Tapi agak kecewa jugak sebab ladangnya tak secantik dulu dan cuaca kat situ pun kurang sejuk. Mungkin kesan dari gempa bumi dan runtuhan yang berlaku tahun lepas. Jadi kami borong teh dan ambik jugaklah gambar kat ladang teh sebagai kenangan.

Yang paling seronok Mas bernasib baik lepas balik dari Ranau, gunung muncul sekejap petang tu. Dapatlah ambil gambar dan tengok gunung dalam 3 minit camtu, pastu hilang ditelan kabus!




Sampai sini dulu, esok Mas sambung cerita kami jalan² di sekitar Kundasang. Dapat ke kami tengok gunung lagi? Tungguuu!

19 ulasan:

  1. mmg best duk kinabalu pine resort..honeymoon la best..hehe

    BalasPadam
  2. best best. Tq akak bagi info . Akak, sampai airport tu, kereta sewa datang kat airport ke atau kita kene pegi ambik kat tmpat dia?

    BalasPadam
  3. assalamualaikum mas...cantik pemandangan di sana...:)

    BalasPadam
  4. As salam.. kalau nak resort yg lagi jeles pemandangan gunung..d dream world resort...sangt cantik.. bak kata org sabah..view 'paling manang'.. hehehe

    BalasPadam
  5. Salam, bole share contact utk kereta sewa?

    BalasPadam
  6. Salam..
    Kepada yang ingin bercuti di kundasang sabah sila contact saya untuk urusan sepenuhnya. Terima kasih

    0168280345 (sofea)

    BalasPadam
  7. wah bestnye gambar pun cantikkk

    BalasPadam
  8. Salam,

    Kami menyediakan perkhidmatan kereta sewa Axia Auto Rm100/day selesa & jimat minyak. Kenderaan lain juga ada. Watsapp atau call 014 2011144 untuk tempahan.

    Terima kasih

    BalasPadam
  9. Balasan
    1. kalau termasuk shopping dlm RM1K ke RM1.5K dah cukup..

      Padam
  10. Kakk..kne bwk pasport ke ke sabah ??

    BalasPadam
    Balasan
    1. tak perlu dik, memadai mykad dan mykid/surat beranak utk anak²..

      Padam
  11. Hi,sesapa dtg ke Kota Kinabalu Sabah,yg ingin mencari kreta utk jalan2 area kota kinabalu atau trip ke kundasang,boleh WhatsApp sy 01126899385..sy ada membuat trip ke smua area kota kinabalu termasuk trip ke kundasang..

    BalasPadam
  12. Mohon Maaf kami ingin menumpang iklan...

    TIPS PERCUTIAN MURAH KE SABAH!!!
    Mari Bercuti Ke Sabah.... 2017

    Tel : 0129600702 / 0163751978
    Assalamualaikum Tuan Puan...
    Bercuti la ke Sabah....!!
    Kami bersedia mempermudahkan segala urusan percutian anda di sini...

    Kami menyediakan Kereta sewa pandu yang murah, baru dan berkeadaan baik..

    a) Nissan Urvan RM230 sehari
    b) Toyota Innova RM200 sehari
    c) Toyota Avanza RM160
    d) Nissan Grand Livina RM170
    e) Proton Exora RM150
    f) Produa Alza RM140
    g) Toyota Vios RM160
    h) Proton Saga Flx RM120
    i) Produa Myvi RM120
    j) Produa Viva RM100
    k) Proton Waja RM120
    l) Proton Preve RM150
    m) Viva 660 RM70

    * Harga di atas adalah minimum sewa
    untuk 3 hari ke atas...
    * Penghantaran kereta percuma ke
    Airport dan tempat penginapan.
    * Kadar harga lebih rendah untuk sewa
    secara bulanan.

    Kelebihan yang anda dapat apabila memilih kereta sewa kami adalah :

    1. Pilihan Homestay dan Hotel dengan harga
    istimewa daripada kami bermula harga
    RM68 dan ke atas di Kota Kinabalu dan
    kundasang...

    2. Homestay Condominium Marina Court di pusat bandar Kota Kinabalu hanya pada harga Rm250 semalam!!!

    3. Pemandu Pelancong..
    Sekiranya anda ingin perlukan pemandu sepanjang percutian kami menyediakan pemandu berpengalaman dan mahir dengan tempat2 percutian menarik di Sabah... upah bagi pemandu kami adalah RM100 untuk 12 jam sehari...

    4. Harga istimewa ke Pulau Manukan , Sapi atau Memutik..
    Sekiranya anda memilih perkhidmatan kami, kami akan memberikan anda harga istimewa RM20.00 sahaja seorang utk tambang bot dan Percuma SET SNORKLING & life jacket ( harga utk 1 pulau sahaja).. harga tak termasuk jetty fee, island fee...
    Kami juga memberikan harga istimewa untuk Water Sport berikut:
    * Banana Boat RM30 (15 mnt)
    * FlyFish RM60 (15 mnt)
    * Parasailing RM55 (15 mnt)
    * Jetski RM140 (30 mnt)
    * Sea Walking RM150 (30 mnt)

    5. Harga istimewa untuk melihat Proboscis Monkey dan Fireflies... Klias Beaufort..
    Harga RM45.00 adalah termasuk tambang menaiki bot, Hi Tea dan Makan malam...

    *Screenshot iklan ini sebagai voucher Diskaun dan whatsapp ke nombor di bawah*

    Hubungi kami
    0129600702
    0163751978
    Boleh Call atau Whatsapp


    BalasPadam
  13. Salam sejahtera Tuan / Puan, semoga Tuan / Puan senantiasa diberikan kesihatan yang baik dan dimurahkan rezeki (Amiin)… Kami disini ingin menawarkan perkhidmatan sewa kereta di Bandung / Jakarta. Buat Tuan / Puan yang sudah merancang bercuti ke Bandung / Jakarta dan memerlukan kereta beserta pemandu bolehlah hubungi kami :
    Call : +6282262272279
    WhatsApp : +6282280000071
    Email : podomorootransportbandung71@yahoo.com
    Blog : http://podomoroopelancongbandung.blogspot.co.id (Podomoroo Transport Bandung)
    Facebook : Podomoroo Transport
    Fanspage : Podomoroo Transport Bandung


    Kami sangat mengutamakan kepuasan tetamu dan dijamin harga yang sangat berpatutan.. Insya Alloh kami memberikan service yang terbaik dan layanan taraf 5 bintang…
    Kami pun menyediakan Pakej Transport dan Hotel
    Kereta Avanza, Luxio, Apv, Evalia, Sigra, Grand Livina
    3D2N
    2 Pax = 330 Rm / Pax
    3 Pax = 300 Rm / Pax
    4 Pax = 230 Rm / Pax
    5 Pax = 230 Rm / Pax
    6 Pax = 200 Rm / Pax

    Van Short
    3D2N
    7 Pax = 250 Rm / Pax
    8 Pax = 220 Rm / Pax
    9 Pax = 220 Rm / Pax
    10 Pax = 200 Rm / Pax

    Van Long, Toyota Hiace Commuter
    3D2N
    11 Pax = 220 Rm / Pax
    12 Pax = 200 Rm / Pax
    13 Pax = 200 Rm / Pax
    14 Pax = 190 Rm / Pax
    15 Pax = 190 Rm / Pax

    Pakej Transport dan Hotel 4D3N
    Kereta Avanza, Luxio, Apv, Evalia, Sigra, Grand Livina
    4D3N
    2 Pax = 460 Rm / Pax
    3 Pax = 430 Rm / Pax
    4 Pax = 320 Rm / Pax
    5 Pax = 330 Rm / Pax
    6 Pax = 280 Rm / Pax

    Van Short
    4D3N
    7 Pax = 350 Rm / Pax
    8 Pax = 310 Rm / Pax
    9 Pax = 310 Rm / Pax
    10 Pax = 280 Rm / Pax

    Van Long, Toyota Hiace Commuter
    4D3N
    11 Pax = 310 Rm / Pax
    12 Pax = 280 Rm / Pax
    13 Pax = 290 Rm / Pax
    14 Pax = 270 Rm / Pax
    15 Pax = 280 Rm / Pax

    Kami sangat mengutamakan kepuasan tetamu dan dijamin harga yang sangat berpatutan.. Insya Alloh kami memberikan service yang terbaik dan layanan taraf 5 bintang… Semoga inform dari saya dapat memudahkan urusan bercuti Tuan / Puan untuk ke Bandung.


    Nb : Yang lebih mahal itu banyak, yang lebih murah pun ada tapi kami janjikan yang terbaik dari Podomoroo Transport Bandung... (Insya Allah) Jom mari melancong di Bandung murah sahaja.. Wassalam, Terima kasih...

    BalasPadam
  14. Kereta Sewa Afra Kota Kinabalu
    Kereta Sewa Serendah RM70/day *terma dan syarat
    Whatsapp : 0128031380 untuk tempahan
    Whatsapp : 0128031380 untuk tempahan

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com