terkini dan sensasi

Rabu, 4 Mei 2016

Misi Sarawak 2016

Assalamualaikum...(^ ^)


Tinggal satu hari je lagi! Esok petang dah terbang ke Sarawak meneruskan misi perjuangan di gelanggang boling. Fuhhhh gementar betul rasa! Harap dapat buat yang terbaik dan berjaya beroleh kemenangan serta layak masuk master.

Nak pergi mana² kejohanan camnilah, rasa gementar tu akan ada. Walaupun dah bersedia dari segi mental dan fizikal tapi perasaan tu memang tak dapat elakkan. Lagilah bermain untuk kejohanan gah dan besar camni.

Sesi latihan kat sini dah habis, nanti sampai Sarawak baru akan ada sesi latihan terakhir. Kenalah cuba lane, barulah boleh serasi masa hari kejohanan nanti. Tahun ni seperti tahun lepas, Mas main untuk pasukan trio. Akan main 6 games dalam 3 blok.



Baju kontinjen pun dah dapat, tema tahun ni hijau iguana. Fuhhh warna tu bisa mengaburi mata lawan, hehehee! Pastu ada jugak ganjaran untuk diri sendiri bagi semangat sikit untuk main. Lagi pun kasut lama pun dah berapa kali gam sebab tapak tercabut. Untuk elakkan kemungkinan yang bakal berlaku jadi belilah kasut baru sebagai token!

Doakan Mas selamat pergi dan balik serta beroleh kejayaan!

3 ulasan:

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com