Logo KBBA

terkini dan sensasi

Jumaat, 9 Februari 2018

Persiapan pakaian untuk bercuti

Assalamualaikum...(^ ^)

Alaaaaa beg tak kemas lagi ni, malasnya!

Haaa pernah tak rasa camni setiap kali nak pergi bercuti kemana², malas nak kemas beg pakaian. Mas memang selalu hadapi masalah camni, nak kemas tu kena ambil mood betul². Kalau takde mood jangan haraplah nak mengemas, nanti mulalah ada je yang tak kena. Pastu nak mengemas ni sekurangnya 2-3 hari sebelum pergi bercuti, kalau tak ada je yang tertinggal.

Pilihan beg pulak kalau nak bercuti ni Mas akan ikut cara pengangkutan yang digunakan untuk pergi tu, baru tak membebankan. Misalnya kalau pergi naik kapalterbang Mas lebih suka guna beg backpacker, setiap sorang bawa satu beg. Kalau bercuti naik kereta barulah Mas bawa beg bagasi atau letak dalam storage box, senang sikit nak susun dalam bonet kereta.


Bab mengemas pulak kalau Atikah dan Arfan memang kemas sendiri baju diaorang, dah besar kan. Mas cuma cakap baju apa yang perlu dibawa, pastu mereka kemas ikut kesesuaian masing². Untuk husband, Airis dan Aiyra Mas lah tukang kemasnya, termasuklah pakaian sendiri. Haaaaa mana tak malas, 4 orang punya baju. Kalau bercuti seminggu dah berapa bajunya, sebab tu kena kemas 2-3 hari awal. 

Bab berapa pulak kuantiti pakaian yang perlu dibawa, Mas akan ikut jumlah hari bercuti. Kalau 5 hari maka 5 pasang baju siang dan 5 pasang baju malam, bawa cukup² camtu baru takde hadapi masalah baju tak cukup. Tapi kebiasaannya Mas akan suruh anak² bawa lebih, manalah tahu ada kes baju terkotor ke masa jalan² tu. Kalau ada baju lebih, senang nak tukar kan?

Lagi satu bab mendobi baju semasa bercuti tu, ini kami tengok keadaan. Kalau bercuti lebih dari 3 hari biasanya kami ada cari dobi dry cleaning untuk basuh baju² kotor, malaslah nak bawa balik banyak sangat pakaian kotor. Kalau dah basuh tu senanglah sikit bila dah sampai rumah nanti, susun je dalam almari sebab semua pakaian dah siap basuh dan lipat. Takdelah ganggu mood kita yang tengah penat lagi selepas bercuti kan?

Ok nak mengemas baju² ni, Isnin nak pergi bercuti!

8 ulasan:

  1. Untuk kemas gi bercuti, Nona memang excited..nak nak bila jarang bercutii..kann~
    Tapi bila balikk, memang rasa.......arghh, malas gila kottt ! Huhu~
    Kadang nak mendobi pon bila dah balik rumah sendiri baru carik dobi...punya malass~

    BalasPadam
  2. Selamat bercuti mas..nk packing ni memang x best tapi kena jugaklah buat. Haha

    BalasPadam
  3. Wah.. seronoknya mas nak pergi bercuti. Selamat bercuti dengan keluarga tersayang mas.

    BalasPadam
  4. Seronoknya dapat bercuti bersama keluarga tersayang.

    BalasPadam
  5. Seronoknya dapat bercuti bersama keluarga tersayang.

    BalasPadam
  6. memang perlukan masa untuk mengemas,jemput singgah ke http://www.vitaminwawa.com/,terima kasih...

    BalasPadam
  7. bestnya tu..selamat bercuti ya..

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com