terkini dan sensasi

Ahad, 11 Februari 2018

Weekend Specials Sale di Watsons

Assalamualaikum...(^ ^)

Belek² Facebook semalam tetiba ternampak ada yang kongsi pasal sale di Watsons, apa lagi terujalah ai. Maklumlah Mas ni dok terperap kat rumah cuti tanpa gaji, manalah tahu sangat pasal jualan murah ni. Nasiblah ada FB, dari situ boleh dapat maklumat.


Bila tengok sale 50% tu hanya untuk 2 hari sahaja, Sabtu dan Ahad. Nama pun Weekend Specials Sale kan, memang hari yang sesuai buat jualan murah camni. Lepas dah belek² barang apa yang ada diskaun 50% tu terus ajak husband pergi Watsons Nilai, kebanyakkan yang berkenan alat solek lah. Hehehee, lagi pun dah lama tak membeli barang² alat solek ni sejak mengandung dulu.

Nasiblah husband sporting nak kena paw, bukan selalu kena masa bininya cuti tanpa gaji nilah. Dah cakap bajet RM100 je nak beli, tak akan lebih. Tapi bila masuk je dalam Watsons tu mau meroyan kau, banyak pulak yang berkenan. Sana sini diskaun 50%, mau tak meroyannya. Tapi nasib baik duit laki, kalau duit sendiri mau lebih banyak lagi Mas beli. Ai masih sedar diri tau, hahahaa!


Selepas dekat sejam pilih akhirnya ai sambar Loreal Liquid Foundation satu, pastu 2 lipstik SilkyGirls, 2 maskara Maybelline, 1 eyeliner SilkyGirls dan 1 Magic BB Powder Foundation SilkyGirls. Fuhhh puashati kau, dapat dah barang yang diidamkan. Semuanya baru RM100 lebih sikit je, kalau beli waktu bukan sale mau dekat RM200 tau. Sebab foundation Loreal tu satu botol je dah RM60, memang tak mampulah kalau nak beli kan?

Tapi kan bila tengok² lagi dekat FB, hari ni rasa macam nak pergi lagi sekalilah. Ada lagi barang yang berkenan nak beli, hehehee! "Abang, pinjam lagi RM50!"

3 ulasan:

  1. best tu..heeeehhh.TAPI HARINI ADA LAST SALE KAT GUARDIAN..LESS SEBANYAK 40%

    BalasPadam
  2. hehe, watson buat sale, guardian pun buat sale, compete betoi depa ni kan..

    BalasPadam
  3. ina tak beli pun.Sebab dah beli awal bulan..ehehehehe.

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com