terkini dan sensasi

Sabtu, 1 September 2018

Review filem Munafik 2

Assalamualaikum...(^ ^)

Haaa dapat jugak tengok filem Munafik 2, serius terbaik tau! Babak terakhir tu Mas sampai menangis, terkesan sangat dengan dialog Ustaz Adam tu. 


Filem kali ni lebih mengisahkan perjuangan Ustaz Adam menegakkan agama Islam, dan menentang Abuja yang menyebarkan ajaran sesat. Bila tengok perjuangan tu camtulah agaknya para² Nabi dan Rasulullah SAW menegakkan agama Islam dulu, terpaksa hadapi kekejaman para munafik yang menyekutukan Allah SWT. Berjayakah perjuangan Ustaz Adam, haaa korang wajib tonton tau!

Pastu watak² yang dilakonkan oleh para pelakon semuanya berjaya, memang terbaik. Terutama watak Maya Karin masa kena rasuk iblis tu, haihhh seram sangat. Satu lagi watak Abuja yang dilakonkan oleh Nasir Bilal Khan, serius geram je tengok. Dahlah kejam, sanggup bunuh orang yang tak ikut ajarannya dengan bakar hidup². Marah, sakit hati dan rasa nak lempang² je muka Abuja tu. 


Lagi satu dialog² yang dituturkan memang mendalam maksudnya dan memberi kesan. Sebab tulah Mas boleh nangis bila hayati kata² yang Ustaz Adam cakap masa babak dia digantung tu, tak semena² airmata mengalir. Terasa diri ni kerdil disisi Allah, terasa diri ni belum cukup berjuang untuk Islam. Sebak tau korang!

Part seram pulak memang boleh buat sakit jantung, berapa kali dok terkejut² dengan kemunculan hantu yang tak diduga tu. Berapa kali Mas dok jerit, kuat pulak tu. Hahahaa nasib Aiyra tengah tidur tak terjaga! Dahlah muka hantu tu buruk, pastu muncul pulak masa orang dok khusyuk menghayati. Mana tak terkejut beruk! 


Haaa lagi satu yang paling tak sangka sahabat karib Ustaz Adam tu, haishhh kerana iri hati sanggup buat camtu. Sebab tu orang munafik ni ada macam² kategori, bukan setakat sekutukan Allah je tapi dek iri hati pun boleh jadi munafik tau. Moga kita jadikan cerita ni pengajaran, 10 bintang untuk Munafik 2. Tahniah Syamsul Yusof!

2 ulasan:

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com