Logo KBBA

terkini dan sensasi

Selasa, 4 Ogos 2020

Jalan² Raya Haji di Kuala Lumpur

Assalamualaikum...(^ ^)

Walaupun Raya Aidilfitri hari tu beraya di perantauan tapi tak terasa sangat sebab majoriti orang tak balik kampung. Tapi bila Raya Haji ni agak rasa sedih jugak tak dapat jenguk rumah pusaka mak abah dan kubur arwah serta tak dapat nak jenguk mak abah mertua. Nak buat camne kan, husband kena bertugas. 


Jadi nak hilangkan rasa sedih dan gembirakan anak² sambut raya maka Mas ajak husband jalan² ke Kuala Lumpur. Niat asal nak naik KL Tower sebab 31/7 tu hari akhir untuk promosi tiket percuma, jadi tak nak lepaskan peluang. Lagi pun hari raya, mesti tak ramai orang.


Tapi jangkaan Mas meleset, sampai kat KL Tower pukul 11 pagi semua 700 tiket percuma dah habis diedarkan. Haaa terkejut jugak Mas, terfikir jugaklah macam tak logik je hari raya ramai sangat orang datang. Padahal bila tengok kereta yang ada dan orang kat situ, takdelah ramai sangat. Nampak sangat pihak KL Tower ni nak kita naik berbayar sebab masa tu mereka ada buat promosi 50% untuk naik ke Sky Deck. Mas tak naik pun, beratur panjang dan bayaran pun agak mahal untuk kami satu keluarga.

Kecewa tak dapat naik KL Tower Mas ajak husband lepak sambil ambil gambar kat Dataran Merdeka, lagi pun anak² memang tak pernah sampai ke sana lagi. Yang paling seronok Airis dan Aiyra lah, dapat lari sana sini kat dataran yang luas tu. Pastu dapatlah kami rakamkan gambar sebagai kenangan, nak sampai lagi ke sini lain kali entah bila pulak jadi kena bergambar puas². 




Dah puas bergambar kat dataran Mas ajak husband ke Tugu Negara, tak pernah jugak bawak anak² ke sana. Jadi masa inilah nak dedahkan mereka dengan tempah bersejarah. Sampai sana ramai jugaklah orang bawak anak², dan bagus SOP dijaga kat sana. Takdelah orang berebut² nak bergambar, semuanya bergilir² dan jaga jarak. Kami sekeluarga pun tak lepaskan peluang rakamkan gambar sebagai kenangan. Selain bergambar dapatlah tengok sejarah tentang pahlawan yang banyak berkorban untuk pertahankan negara kita Malaysia. 



Itulah sajalah cerita Raya Haji kami sekeluarga di perantauan, walaupun sedih tak dapat balik kampung tapi tetap gembira dapat luangkan masa bersama!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com