terkini dan sensasi

Khamis, 10 Mac 2011

cemburu tengok mereka

Assalamualaikum...(^ ^)


dari pagi sampailah entri ni ditulis memang asyik bersantai di blog Ben Ashaari... sambil baca entri dia sambil tulah terjah blog blogger luar negara tu... sedang asyik blogwalking kat blog kawan-kawan kita tu tiba-tiba timbul rasa cemburu yang amat sangat pada diaorang... sebab apa pulak?

yelah mesti best kan dapat peluang menetap di negara orang, boleh belajar macam-macam dan boleh jalan-jalan kat tempat yang menarik... pastu macam-macam kenangan dan pengalaman pahit manis yang mereka alami di perantauan tetapi mereka tetap tabah dan sabar demi menuntut ilmu...

sebenarnya Mas pun ada peluang untuk pergi ke luar negara tetapi tak taulah kenapa pintu hati susah dibuka untuk rebut peluang tu... Mas bertugas sebagai seorang PA... PA ni memang ada peluang untuk ditempatkan di luar negara samada melalui Jabatan Perkhidmatan Awam atau Wisma Putra... tempoh penempatan di sesebuah negara tu selama 3 tahun... pastu bila dah tamat akan dihantar ke negara lain pulak! kalau ikut pengalaman PA senior yang dah bertahun berkhidmat di luar negara, memang seronok dengar cerita dan pengalaman mereka!

bila difikirkan balik memang Mas teringin nak mohon, rugi lepaskan peluang yang memang dah ada depan mata kan? tapi apa-apa pun kita kena bersedia dari segi mental dan fizikal jugak... bila dengar cerita orang memang seronok tapi adakah kita jugak mampu? tepuk dada tanya hatilah...

10 ulasan:

  1. salam. kan, cam best je duk luar negara..

    BalasPadam
  2. ibu qaleesya;

    sama2lah kita cemburukan mereka
    hehehehe...

    BalasPadam
  3. kalu kamu pegi...rindu rinduan la kiteorg..bertaun2 bru leh jmpa..

    BalasPadam
  4. alah along ni..
    aku baru bercadang nak mohon tahun ni
    ni yg buat aku nak batalkn je cdgan aku tu....huhuhuhuhu!

    BalasPadam
  5. salam kunjung balas...tq sudi singgah my blog. disebalik suka ada juga duka byk dugaan dan cabaran dok merantau ni..especially bila dok berjauhan drp saudara mara..tuhan saja yg tau.

    btw my hubby keja ngan wisma putra la yg boleh buat saya juga tercampak keluar negara ni..tapi nasib la kalau tempat elok seronoklah kita kalau tempat teruk dan susah sebaliknya la kan..ok saya follow ju yer:)

    BalasPadam
  6. lupa lak nk jwp soalan....saya keja nurse kat penang.

    BalasPadam
  7. Assalam & salam kenal... dtg buat kunjgan balas.. smlm x sempat coz sibuk dgn konvo adik.. tima kasih sudi sggh RKTS..:)

    BalasPadam
  8. mungkin banyak cabaran dan dugaan di luar negara.. tapi itulah..jauh perjalanan, luas pengalaman(betul ke nie?) semoga bila kak mas dah bersedia,, boleh le timba pengalaman nanti..hehe

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com