Logo KBBA

terkini dan sensasi

Jumaat, 18 Mac 2011

fiesta hot ballon (part 1)

Assalamualaikum...(^ ^)

hai kawan², maaflah lambat update hari ni! mesti rindu kan nak baca entri Mas.. eh? terperasanlah pulak... sebenarnya hari ni Mas bawa anak² pergi tengok fiesta belon panas kat Putrajaya.. sanggup ambik cuti rehat hari ni!


sampai kat tapak fiesta jam 11.00 pagi, pastu cadang nak naik belon panas.. tapi dah habis! rupanya dia buka untuk orang ramai dari jam 8-11 pagi dan 6-9 malam.. nampaknya terpaksalah tunggu sesi petang nanti! sementara nak tunggu petang kami pergi tengok apa aktiviti lain yang ada... ini jelah yang sempat kami join sebab cuaca panas sangat..

husband dan Atikah masuk pertandingan buat kapal terbang kertas.. ayah kena buatkan kapal terbang kertas pastu anak kena terbangkan! siapa terbangkan paling jauh dia yang menang!

 

pastu kami cuba main permainan water orb.. satu orb dikenakan bayaran RM20.. naik selama 8 minit je walaupun panas sangat duduk dalam orb tu tapi sangat best!

husband dan Arfan beraksi!
Mas dan Atikah tak ketinggalan mencuba!


dan sempat jugaklah shopping baju fiesta belon panas sepasang sorang.. cantik!


itu jelah aktiviti kami dari pagi sampai tengahari.. tunggu petang pulak untuk naik belon panas!

2 ulasan:

  1. wahh..cam sonok je yg buleh dalam belon tue? kuat betul ek getahnye?

    BalasPadam
  2. khalis;

    memang seronok sangat!
    kuat gaklah getahnya tapi benda2 macam jam, gelang tak leh pakailah masa nak naik tu.. tgk bocor lak nanti belon tu!

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com