terkini dan sensasi

Isnin, 13 Februari 2012

Kenapa mesti ada blog

Assalamualaikum...(^ ^)


Kadang² Mas tertanya jugak kenapa mesti ada blog?

Kalau kita tengok dan lihat memang terlalu ramai blogger di Malaysia ni, setiap hari mesti ada blogger baru yang melangkah ke dunia blog. Adakah untuk kepuasan, untuk tambah pendapatan, untuk cari kenalan, untuk suka², untuk kejar glamour atau macam² lagi. 

Berbalik pada isu kenapa mesti ada blog, teringat balik masa mula² kenapa Mas pun nak ada blog. Jujur Mas katakan sebelum Mas mempunyai blog sendiri, Mas sebenarnya tak tahu langsung pasal blog ni. Camne nak buat blog pun Mas tak tahu, zero. Yang Mas tahu cuma baca blog orang dan sampailah satu masa husband Mas minta ajar dia buat blog. Camne nak ajar Mas pun tak tahu, jadi Mas pun minta tolong kawan ajarkan.

Dalam hati Mas berkata..
"Itulah, dah lanjut usia baru nak belajar buat blog. Orang zaman sekarang muda² lagi dah ada blog. Apa nak buatkan, kesedaran sivik lambat sikit!"

Bila dah tahu serba sedikit Mas pun blogwalking ke blog² orang lain. Mas belajar satu persatu kenapa blog dia boleh cantik camni, kenapa blog dia boleh ada kartun camni, kenapa blog dia boleh ada iklan, kenapa blog dia ada header cantik dan macam² lagi. Dari situlah Mas cuba dan cuba perbaiki blog Mas supaya nampak cantik, kemas dan mesra pembaca. Selain dari tu Mas berusaha perbaiki mutu dan kualiti penulisan entri.

Kesimpulannya, tak kisah kenapa dan mengapa kita mesti ada blog. Yang pastinya blog banyak beri manfaat kalau kita gunakannya ke jalan yang benar. Dari blog kita boleh tahu kisah kehidupan orang yang kita tak kenali, boleh minta pendapat, pandangan dan nasihat walaupun kita tak pernah bersua muka dengan orang tu. Pastu dari blog jugak kita boleh perkembangkan bisnes secara online, boleh kongsi resepi masakan dan yang paling menariknya boleh menjana pendapatan sampingan. Jadi bagi Mas dah takde istilah buat blog untuk suka² je!

15 ulasan:

  1. samalah kita, dulu mana tau sgt blog ni.. tp sronok bc blog org kan.. sampai sendiri pun nak hehehe..

    BalasPadam
  2. saya buat blog pd mulanya sebab saya sunyi.dah lame2 sy rasa okay pulak blogging ni. seronok kenal kawan2 baru macam kak mas..dan lain2. kita tahu pengalaman orang dan kisah hidup orang. interesting. :)

    BalasPadam
  3. saya buat blog hanya suka2 dan cari ilmu pengetahuan dan kawan. sajer suka2 sharing apa yg saya ada. itu jer....

    tuk dapat hadiah ke, duit ke, feymes ke mmg jauh sekali kak...




    *saya suka baca blog tak kira mcm mana punya stail pun penulisan empunya blog tu...

    BalasPadam
  4. assalamualaikum mas...yer la untungnya bebudak skg awal2 lg dah tahu mcm mana nak berblog ni sedangkan kita dah berusia begini baru nak belajar...:)

    BalasPadam
  5. dulu pun akak tak tau apa2 pasal blog ni..hasil tunjuk ajar anak akhirnya alhamdulillah..mcm mas kata..cuba perbaharui satu persatu..singgah blog org dan perhati mana yang patut diambil sebagai contoh..yg penting keikhlasan dan kepuasan tu ada..
    Bila menulis, sedikit rasa tension dpt di released kan..

    BalasPadam
  6. Takdelah mesti... terpulang kepada individu nak mencuba atau tidak blogging.. bila dah popular tu baru nampak ada advantage sampingan..

    BalasPadam
  7. betul tu...tak kisah apa sebab pun asal tak memudaratkan sesiapa pun. malah dpt ramai kawan yg baik, seperti mas umpamanya.. appreciate sangat tau. hari2 dtg blog kak liza walau pun jarang2 kak liza ke sini.

    BalasPadam
  8. knp msti ada blog??

    hehe nk jawab susah gak soklan simple ni.. tp tujuan lya bblog dulu sbb nak abdikan kisah hidup lya spnjang mbawa asya ke dunia ni.. saat lya koma smasa mgandung.. tp kini.. lya bblog.. mmg utk myimpan kenangan kat sini.. kdg2 byk mde y kt lupa.. jd bla baca balik n3 lama..nk suka pon ada.. nk ngis pon ada...

    apa y penting..menulis biarlah dr hati.. bukan krn nama.. n bukan kerana apa2..menulis penuh keikhlasan

    BalasPadam
  9. yes! atok setuju...dan yang paling penting, dengan blog kita dapat bina rangkaian persahabatan yang ramai =)

    BalasPadam
  10. dekat blog kita boleh kenal ramai kawan..
    macam sy kenal akak..
    kann..
    seronok berblog ni..cuma sekarang agak bz sikit..huhu

    BalasPadam
  11. erm..semua ada sebab masing2 kan...menarik =)

    BalasPadam
  12. blog kalau digunakan dgn cra yg betul memang ada manfaatnya....kan?

    BalasPadam
  13. persahabatan dialam Cyber.
    http://adando.blogspot.com

    BalasPadam
  14. mesti ada alasan tersendiri seseorang tu buat blog. Tak mungkin saja2. betul tu.

    BalasPadam
  15. Saya mula membina blog pada tahun 2011. Sekadar bercerita. Lama kelamaan saya mula berminat untuk berkongsi maklumat pada orang lain. Setelah 2 tahun menggunakan platform blogspot, awal tahun ni saya beralih pula kepada platform wordpress.

    Saya buat blog ni pun sebab nak mempertajamkan lagi gaya bahasa saya. heeee

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com