terkini dan sensasi

Jumaat, 15 April 2011

dek desakan Maharaja Lawak... ku langgan juga!

Assalamualaikum...(^ ^)

tengok Maharaja Lawak tak? Mas pasti mesti ramai yang tengok kan? ke ada yang tak layan rancangan sebegini? tak kisahlah apa pun kan tapi yang pastinya Mas tetap menonton rancangan ni! 

sudah 2 minggu berturut2 kita disajikan dengan program Maharaja Lawak di Astro Prima... jadi sudah tentulah menonton dengan senang hati sebab channel ni dah memang ada dalam pakej basic Astro kan? tapi bermula malam ni sudah pastinya ramai yang kecewa sebab no more Maharaja Lawak kat Astro Prima! kalau teringin nak tengok silalah telefon Astro dan langgan channel Astro Mustika! huhuhuhuhu... pandai kan Astro menyusun marketing strategy... bila penonton dah syok layan rancangan ni tiap2 hari Jumaat sambil bergelak2 sakan di depan TV, tiba2 malam ni ramai yang kempunan tak dapat tengok sebab tak langgan channel Mustika! 

jadi dek kerana Maharaja Lawak, kenalah langgan juga! Mas pun telah berbuat begitu pada jam 8.00 pagi tadi! hehehehehe... mana boleh tahan, hati ni memberontak juga suruh langgan! dah terbayang2 lawak dari Jambu, Nabil, Sepah dan Jozan... dan yang pastinya nak tau siapa yang tersingkir! adus... begitu sekali penangan Maharaja Lawak! tapi takpelah kan sebulan je, habis Maharaja Lawak ni akan dipertimbangkan sama ada nak langgan terus atau stop je! 

jadi macam mana kawan2... terpengaruh jugak ke macam Mas? sebenarnya terpulang kepada kita sendiri, kalau rasa nak terus menonton langgan je... tapi kalau rasa tak kisah tak perlulah! janganlah terlampau stress dengan cara Astro ni treat pelanggan dia... biasalah marketing strategy untuk lariskan bisnes mereka! tepuk dada tanya jelah selera masing-masing! selamat menonton Maharaja Lawak malam ni...

30 ulasan:

  1. bijak juga cara astro buat strategi pemasaran dia.. makin ramailah yg akan langgan mustika klu minat maharaja lawak..

    BalasPadam
  2. sebelum tu terlupa.. salam perkenalan.. :)

    BalasPadam
  3. huhu sedih la mas..encit papa x nak langgan..

    nnt cite kan utk pinky ye larling ;)

    BalasPadam
  4. @MR. SYAH
    biasalh tu..nak majukan bisnes kena pandai susun strategi!

    BalasPadam
  5. @MR. SYAH
    hehehehe..takpe!
    salam perkenalan jugak..keep in touch!

    BalasPadam
  6. @♥♥P.i.n.K.y MoMMa♥♥
    alalalaa...siannye dia!
    nasib baik Astro tu atas nama Mas so husband tak kisah, dia follow je! lagipun dia minat gak tengok...

    ok, nanti Mas review kat blog ye!

    BalasPadam
  7. for me lah
    berbaloi gak langgan mustika
    layanzzz
    hahaha

    aCap
    ke blogku

    BalasPadam
  8. @asyrafNAKjadiLEBIHbaik
    hurmmm...betul tu!
    lagipun bila dah langgan ni bil Astro Mas tak sampai RM100 pun sebulan!

    so memang berbaloilah..

    BalasPadam
  9. huhuu..tak berkemampuan nak langgan..sebab banyak lagi yang nak diagihkan time pay day..terpaksa download kat youtube aje

    BalasPadam
  10. @norinaomar
    kalau tak mampu takpe, jgn paksa!
    kat youtube tu rancangan complete ke?

    BalasPadam
  11. @norinoromar
    if nak donload kat utube, kene cepat, once keluar kat utube, terus donload, coz kalo lambat sejam, astro akan claim right kat utube then video kene delete...

    BalasPadam
  12. @asyrafNAKjadiLEBIHbaik
    oooo..macam tu ke?
    susahlah, lebih baik langgan je!

    BalasPadam
  13. @budak kampung
    hehehehehe...Mas suka tu!
    strategi terbaik tu...

    BalasPadam
  14. follower mas dh 600 lbih...perghh mantap

    BalasPadam
  15. fad tak dapat tengok sebab kat hostel ni takde astro :(

    BalasPadam
  16. ada plan nak langgan jgk..tapi rasa bulan depan kot..biar peserta dah makin kurang dah..sbb ada 1-2 grop tu..saya tak berapa suka dgn lawak mereka...berbulu dgr..huiii..

    BalasPadam
  17. @budak kampung
    alah..takdelah mantap mana pun
    belum sampai 1000 lagi!

    BalasPadam
  18. @storyfromme
    alah...ciannya dia!
    nak buat camne kan?

    BalasPadam
  19. @ibu_Arifa
    hehehehe...ok je tu!
    Mas pun suka Jambu, Jozan dan Sepah je! Nabil pun sukalah jugak...
    yang lain tu ok2 je..

    BalasPadam
  20. saya pun langgan jugak. hehe. sbb nak tunggu sepah nyanyi minggu ni.
    lepas habis maharaja lawak, potong balik siaran mustika tu.

    BalasPadam
  21. @Si Nuansa Eyqin
    hehehe...tulah!
    minggu nikan tema muzikal komedi..
    mesti best kan?

    Mas pun sama, habis maharaja lawak terus stop channel ni!

    BalasPadam
  22. astro punye trick untuk kita byr lebih lg 6% tax

    BalasPadam
  23. yela kak mas.dd pun tadi baru langgan mustika.semata mata nak tengok maharaja lawak specially JOZAN!

    BalasPadam
  24. @Fitri Senin
    biasalah tu, nak majukan bisnes..
    tapi terpulanglah pada kita nak langgan ke tak!

    BalasPadam
  25. @dd.hasnidar
    hehehehehe...terpengaruh gak tu!
    kuat sunggu penangan Maharaja Lawak ni

    BalasPadam
  26. nak untung banyak, marketing kena lah hebat, kan kak?
    hehe =)

    BalasPadam
  27. lepas ni tengok kat tubeawak aje la..
    huhuhu.

    :(

    BalasPadam
  28. @Opah Kentang
    huhuhu...nak buat camne kan?
    tak semua orang nak langgan channel tu..

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com