pernahkah kawan2 melihat ayah, suami, abang, adik lelaki atau teman lelaki anda menangis? pasti jarang sekali rasanya kita berpeluang menyaksikan kaum Adam ni menitiskan air mata... tapi hakikat sebenarnya mereka juga menangis! biarpun ramai lelaki yang menafikan kenyataan ini disebabkan ingin menjaga air muka atau ego diri...
Mas pun jarang melihat suami Mas menitiskan air mata... cuma semasa arwah abah dan arwah mak meninggal memang suami Mas menangis kerana dia sangat rapat dengan mereka! masa tu sajalah Mas pernah lihat dia menangis! agaknya begitulah sifat lelaki kan? mereka sebolehnya tidak mahu mengaku bahawa hati mereka cepat tersentuh dah terharu... bagi mereka menitiskan air mata itu akan menyebabkan hilang macho!
bagi Mas jika lelaki menangis itu tidak akan menghilangkan kemachoan dan kelakiannya kerana lelaki juga punyai hak untuk berasa sedih dan menangis! mereka juga seperti wanita, turut mengalami tekanan emosi... jadi untuk mengurangkan tekanan jiwa tersebut menangis adalah satu cara yang boleh mententeramkan jiwa!
janganlah dek kerana didikan di mana lelaki diajar supaya tidak menangis dan mesti menahan rasa sedih atau menyekat air mata daripada menitis... maka lelaki enggan menangis apatah lagi menitiskan air mata! tidak perlu begitu sebenarnya... menangislah kerana dengan menangis emosi dan jiwa kita akan lebih tenang! Mas lagi suka lelaki yang menangis kerana Mas tahu dia turut sama bersedih ketika Mas sedang bersedih...
"some times tears can express feelings easier than words"
betol..lelaki menangis tak semesti nye hilang macho.. ;)
BalasPadamteman saya penah nages depan saya kak mas.. hehe..
@qucachahir
BalasPadamtulah takde maknanya kan hilang macho!
wah... mmg berjiwa sentimental teman adik tu!
okey je kalo laki nanges...BF moon penah la nanges depan moon...tersentuh sgt ati ni tgk dia nanges...airmata senjata org laki jgk...awas! hehehehe
BalasPadambtl2..
BalasPadamhihi..dia nages sebab risaukan saya..
BalasPadamrase serba salah pulak time tue..
setuju dengan munirah johari..
airmata senjata orang lelaki jugak ;)
@munirAh jOhAri
BalasPadamuntunglah...mas suka lelaki macam tu!
dia tunjukkan yg mereka juga bersedih di dpn kita kan?
@eton
BalasPadamtQ sbb setuju!
@qucachahir
BalasPadamwahh...bagusnya, nangis sbb risaukan awak! akak pun setuju dgn munirah..
khalis rasa orang rumah dah penat tegur khalis jangan nangis.. tengok show korean yg cerita pasal atuk nenekpun leh berair mata.. dan tak segan pun,,,hehe
BalasPadamkadang kadang kte perlu menangis supaya kte tahu hidup ni tak sentiasa gembira. kan? kan? hehe :)
BalasPadampoyo je laki yg taknak nangis sebab nampak tak macho.
@mykhalis
BalasPadamwah!! berjiwa sensitif sungguh...
takpelah itu maknanya kita peka dan prihatin..
@nabila faryzza
BalasPadambetul tu...tak kan nak gembira je!
ntah tak kemananya macho tu..
lelaki yg kuat takkan mudah menangis tapi dia hanya menangis dalam hati n cuba berlagak tenang .. itulah kehebatan lelaki berbanding perempuan
BalasPadam@Qaseh dalia adelia
BalasPadamya mmg tidak dinafikan!
tapi ada jugak lelaki yg tak mahu langsung tunjuk kesedihannya walaupun dalam hati...