terkini dan sensasi

Selasa, 31 Mei 2011

99 Kekasih

Assalamualaikum...(^ ^)

Selamat malam pembaca blog ini... beberapa minit lagi Mei akan melabuhkan tirainya! cepat sungguh masa berlalu kan? esok akan bermulalah bulan Jun dan tidak lama lagi kita akan berpuasa... seronoknya!

sumber gambar dari google
berkesempatan menonton drama 99 Kekasih di TV2... mengisahkan Danial seorang kaki perempuan terpikat dengan seorang gadis yang baik dan cantik bernama Ayu! sejak bertemu dengan Ayu, Danial semakin meninggalkan sikap kaki perempuannya itu... suatu hari Danial terlibat dalam kemalangan dan Ayu telah membantunya... sesudah membantu Danial, Ayu telah menghilangkan diri dan meninggalkan sebuah buku 99 Nama Allah disisi Danial... sejak membaca buku itu Danial telah berubah! tapi dalam masa untuk berubah itu Danial telah menempuh pelbagai rintangan dan dugaan... 

begitulah lumrah dunia kan... sejahat dan seburuk mana lelaki itu pasti dia akan mencari wanita yang baik dan solehah untuk dijadikan isteri... dan sejahat mana seseorang itu dia tetap akan diberi kesempatan oleh Allah SWT untuk berubah! tapi untuk berubah itu bukanlah senang, kita perlu kuatkan iman dan sentiasa memohon petunjuk dan hidayah dari Yang Maha Esa... pasti kita akan boleh melakukannya! 

6 ulasan:

  1. eppy jun's day (eh jun pun nak wish hehe)

    smga kita berubah kepada kebaikan ye kak mas..moga ari ini lebih baik dr smalam ^_^

    nite kak mas..mau titon sudeh..esok smbung lg hehe..

    BalasPadam
  2. tengok gak td kak.. banyak pengajaran yang boleh diambil daripada cerita ni.

    BalasPadam
  3. kite tak sempat tengok tadi kak... =(
    huhu..sedey..

    BalasPadam
  4. betul kak...sejahat mana and seburuk mana ssrg tu, bukan kite yang menilainye..die msh diberi peluang oleh ALLAH utk bertaubat.jgn kite sbg manusia yang menghukum org lain.mst bes cite ni..tp x done tgk malam td..

    BalasPadam
  5. pejam celik pejam celik kejap je da tgh thn kan. my nk kawen pn xsempat hehehehee

    BalasPadam
  6. tgok gak cite ni..
    tp tgok part yg last2 je..
    huu

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com