Logo KBBA

terkini dan sensasi

Khamis, 19 Mei 2011

cinta itu...

Assalamualaikum...(^ ^)

cinta itu suci, indah, mahal dan tinggi tarafnya... sifat cinta itu sempurna, sesempurna para pencinta yang abadi! wujudnya perasaan cinta itu sejak kita dilahirkan ke dunia... cuma pada ketika itu cinta kita bermula dari belaian kasih sayang ibu dan bapa! wujudnya cinta itu tidak dapat dilihat tetapi dapat dirasa dengan hati dan perasaan...  

cinta itu bersedia
sedarkah kita waktu bila kita bersedia untuk bercinta... apabila perasaan kasih dan sayang terjalin maka lahirlah perasaan cinta... justeru itu kita bersedia untuk berkongsi rasa kewujudan cinta itu! sedia untuk mengikat janji setia serta saling memahami di antara satu sama lain... kita menjadi pencinta yang setia dan rasa dipertanggungjawabkan kerana cinta! tapi janganlah sampai kita bersedia menyerahkan diri pada yang dicintai!

cinta itu mengharapkan balasan
cinta antara manusia itu sentiasa berkehendak kepada jodoh atau pasangan... dari diri yang punya persamaan dan dari diri yang asalnya satu! bila ianya dapat dicari bermakna cinta itu telah bertemu dengan pasangan yang paling sesuai untuk disatukan... ini kerana dalam bercinta itu kita bukan sekadar menerima cinta tetapi juga memberi cinta!


cinta itu menakluki
sifat cinta itu ingin menguasai... kita hanya mahu orang yang dikasihi hanya untuk diri kita sahaja! tidak mahu dikongsi atau dimiliki oleh orang lain! sifat inilah yang menuntut hak untuk mencintai dan dicintai... 

cinta itu mengetahui
asas sebenar cinta itu adalah mengetahui... hanya orang yang bercinta sahaja tahu siapa yang patut dia cintai! cinta tidak perlu ditanya kerana kita bisa jatuh cinta tanpa membaca novel tentang cinta! tetapi sekadar mengetahui sahaja tidak cukup kerana kita perlukan panduan dan pedoman untuk mengetahui apakah sebenarnya cinta!

perlukah cinta dibuktikan
ada yang percaya bahawa bukti cinta itu ialah mengorbankan atau menyerahkan apa saja yang kekasih kita mahukan... mereka percaya jika itu tidak berlaku, maka cinta itu tidak tinggi nilainya! anggapan sebegitu memang salah... jika semuanya telah kita korbankan, apakah yang tinggal pada diri kita sendiri? benarkah dia benar2 cinta pada kita jika dia mahukan pengorbanan! cinta sejati tidak memusnahkan atau merosakkan diri kekasih yang dicintai tetapi menjaga agar kekasih tetap suci dan selamat sebagaimana sucinya cinta itu sendiri!

16 ulasan:

  1. kak masss..i suka tau gbr tu huhu ;)
    very da sweet..like candy mandy hehe

    psst VCO dh smpai lom kak mas ;)
    nnt roger ye..

    BalasPadam
  2. lomentiknye akak kite ni

    hehe betol2

    cinta sungguh indah lalala

    BalasPadam
  3. @PinKy MoMMa
    hehehehe...terima kasih!
    sweet kan?

    ok, VCO dah sampai!

    BalasPadam
  4. @Miss Ran
    hehehehe...i mmg lomantik!
    cinta itu indah jika kita tau cara untuk menjadikannya indah..

    BalasPadam
  5. wah2x... nice entry kak mas.. thumb up.. hehhe

    BalasPadam
  6. cantik gambar kak.. suka bila baca pasal cinta ni :)

    BalasPadam
  7. entry yg menarik....ada unsur2 nasihat....

    salam kenal dr papa mifz yer..:)

    BalasPadam
  8. ouch!!! so sweeeeeeeeetttt la kak mas.. :D

    BalasPadam
  9. @bersama kak Es
    terima kasih kak!
    i love lolly pop..hehehe

    BalasPadam
  10. @trigyy
    thanks...edielah penyokong akak!

    BalasPadam
  11. @Freaky
    terima kasih!
    bicara tentang cinta ni memang mengasyikkan..

    BalasPadam
  12. @Papa Mifz
    terima kasih...sekadar berkongsi ilmu yang ada didada!

    terima kasih juga sudi singgah n follow blog Mas..

    BalasPadam
  13. @cik Ida
    thanks sayang!
    sweet muwet ke??

    BalasPadam
  14. weeeeeee wiiiiiiiiiiiiiiit

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com