mrs secretary

Isnin, 30 Mei 2011

Hari Sejuta Belia I peniaga cekik darah

Assalamualaikum...(^ ^)

Selamat pagi Isnin kawan2... macam mana mood hari ni?

semalam lepas menonton wayang filem Karak... Mas ajak husband pergi ke Hari Sejuta Belia tu! teringin jugak nak tengok apa yang menarik di sana... masa sampai tu memang masih ramai lagi umat manusia memenuhi ruang di sekitar tapak jualan! kami cuba tertarik untuk pergi ke booth yang mempamerkan motorsikal berkuasa besar... banyak jugaklah kami bergambar kat situ! (nanti Mas upload gambar ok)...

seterusnya kami jalan2 sekejap kat booth pameran tetapi tidak ada yang menarik hati pun... lagipun waktu tu dah masuk maghrib dan anak2 pun dah penat! sebelum bergerak balik, singgah sekejap kat gerai jualan makanan dan minuman... macam biasa beli air 2 cup dan bayar RM2.00! sekali pakcik yang jual tu cakap 2 cup RM3.00... maknanya satu cup dijualnya RM1.50! terkejut jugaklah Mas, sebab dah biasa kan beli air 1 cup RM1.00... Mas siap perli lagi pakcik tu... "untung besarlah pakcik berniaga 3 hari ni ye"! 

sebenarnya bukan Mas nak berkira sangat tapi kenapa bila ada perhimpunan besar sebegini terus para peniaga nak naikkan harga jualan... itu bukannya berniaga nak cari rezeki tapi berniaga nak raih keuntungan je! kalau air yang dijual tu makin berkualiti rasanya takpelah... tapi serius cakaplah air laici rasa macam air kosong je! memang cekik darahlah peniaga sebegini... untung nak berlipat kali ganda, tapi kualiti entah kemana!

14 ulasan:

  1. sib baik x terjah sanun , mmg x bape suka g tmpt2 yg terlampau ramai org cmni pehtu cm JOM HEBOH.. x suke ler nk g ..

    mmg diorg akan mark up harga kan .. xkisah, janji kualiti pun kasi up sekali

    BalasPadam
  2. sedey je..umah dah dekat...tp x dpt g...mmmm....

    BalasPadam
  3. memang mahal pon...
    kami makan nasi ayam rm5..
    bihun sup rm 4..
    rasa :(

    BalasPadam
  4. smlm kat Buletin Utama.. peniaga2 mengadu bayaran sewa mahal dan tempat yg diberi kat depa tak strategik... ada konflik gak rupenyer...

    BalasPadam
  5. sewa tapak pun mahal..RM1500 tu pun 1/2 dr khemah..lum cmpur modal brg2..pnganjur yg untung lbih dr pniaga..ade stngh pniaga yg rugi..bnyk rungutn didengri dr pniaga..kdg ksian jugk..tp yg jual ikut cincai je rAsA tu mmg xpatut le dgn hge..

    BalasPadam
  6. kesempatan dalam kesempitan...;-)

    BalasPadam
  7. salam kenal n follow,

    huhu kekadang time ada karnival masa tu lah dorang nak naikkan harga kan..... tapi ramai jerk yang bayar tanpa kata apa2... termasuklah masz.. dah ambil, x kan x nak bayar kan.. huhu

    BalasPadam
  8. aritu cuci mata je tgk barang.. x beli pun.. heHe

    BalasPadam
  9. mujur la tak terjerumus ke sana..kalau tak mungkin kayrul salah sorang yang akan maki hamun peniaga tue..."dalam hati je la"...hehehehehe

    BalasPadam
  10. Singgah blog kak mas dan follow ;)

    btw, org cari duit mmg suka sgt jual mahal2. padahal biasa je pun rasa air tu

    BalasPadam
  11. hello , shaf hereeeee :D
    thanks dtang fllow shaf eyh , fllow you :)

    BalasPadam
  12. ...bukan dlm berita semalam ada peniaga pai nanges2 sebab gerai jualan x laku...katanya lOkasi gerai x strategik...

    BalasPadam
  13. akak, 1.50 tu kire okey lah kak.. penah aritu masa jom heboh..1 bekas air tu RM2.00 tau.huhu lagi haru mahalnya

    BalasPadam
  14. nasib baik sy beli air kat kiosk kopi 1 je...harga mmg sama time pasar mlm ke..event ke..sama je...hehe

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com