mrs secretary

Rabu, 4 Mei 2011

kemaafan dendam yang terindah!

Assalamualaikum...(^ ^)

sukar memaafkan kerana sesuatu dendam disebabkan hati kita disakiti? kadang2 memang begitu kerana dendam itu telah menebal di dalam jiwa kita, amat terasa kesakitan dan keperitannya... Mas akui memang Mas agak susah nak memaafkan orang yang menyakitkan hati Mas, tapi Mas tidak berdendam! Mas perlu ambil masa yang agak lama untuk lupakan kesakitan itu dan memujuk hati Mas untuk memaafkan pesalah tersebut!

tidak memaafkan bukan bermaksud Mas seorang pendendam... tapi kadang2 sesuatu perkara yang menyakitkan itu membuatkan jiwa kita tidak tenang dan tenteram... apabila tiada ketenangan memang mudah kita menganggap perkara tersebut terlalu sakit dan perit untuk kita terima! lantaran itu kita marah, geram, sakit hati dan tidak mahu memaafkan... 

benarkah kemaafan itu dendam yang terindah? sudah tentu ada benarnya kerana apabila kita memaafkan kesalahan seseorang kita akan rasakan ketenangan dan keindahan! jiwa rasa tenteram, hati rasa gembira, bibir boleh tersenyum dan dendam yang tersemat di kalbu bertukar menjadi sesuatu yang indah... begitulah digambarkan betapa seronoknya apabila memaafkan seseorang!

dari kata2 'kemaafan dendam yang terindah' ini, Mas akan cuba perbaiki diri untuk lebih mudah memaafkan seseorang! walaupun hati Mas sakit dan kesakitan itu memberi kesan yang mendalam, tapi jika Mas mudah memaafkan mungkin Mas akan rasa keindahannya! cuba kita maafkan seseorang dan dan rasakan bagaimana keindahannya...

Allah berkata, "...dan hendaklah mereka memaafkan serta melupakan kesalahan orang-orang itu; tidakkah kamu suka supaya Allah mengampunkan dosa kamu? Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani..." (Surah An-Nur : Ayat 22)

6 ulasan:

  1. Semoga Allah memberikan kekuatan dan kelebihan itu padamu. =)

    BalasPadam
  2. betul3.. jadi jgn laa sakiti hati org.. supaya kita tidak didendami @ mendendami.. heHe

    BalasPadam
  3. naz ada satu masalah dengan memaafkan seseorang, memang kadang sudah di maafkan tetapi kadang kadang marah masih ada :) haha harap iman lebih kuat selepas ini

    BalasPadam
  4. @naz
    akak pun camtu, susah nak maafkan org tapi bila dah maafkan akak terus lupa apa yg dah berlaku...

    moga naz dpt perbaiki diri!

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com