mrs secretary

Jumaat, 9 September 2011

Bila kau nak buat OPEN HOUSE

Assalamualaikum...(^ ^)


Sudah menjadi sinonim apabila selepas seminggu berhari raya sambil ziarah menziarahi akan ada open house. Tujuan open house diadakan bagi menjemput sanak saudara atau sahabat handai yang tidak sempat datang bertandang pada minggu pertama hari raya.

Kalau di kawasan perumahan Mas ni boleh dikatakan tiap² malam ada open house, memang tak berasaplah dapur sepanjang bulan Syawal ni. Hari bekerja ada open house sebelah malam, hujung minggu pulak ada open house sebelah siang.

Tapi yang menjadi persoalannya perlukah kita buat open house jugak memandangkan semua jiran buat open house. Macam di kawasan perumahan Mas ni jiran² siap tanya lagi kat husband. Bila kau nak buat open house, kita orang semua dah buat!

Perlukah sampai camni? Sampai husband Mas dah naik segan bila orang asyik dok tanya, geram jugak Mas dibuatnya. Ikut suka kitalah nak buat ke tak kan, kalau kita ada rezeki lebih dan mampu boleh je nak buat. Tapi kalau keadaan kewangan tak mengizinkan, nak buat camne kan? 

Kalau nak datang beraya tak perlu tunggu open house kan, sepanjang raya ni rumah sentiasa terbuka!

13 ulasan:

  1. entah kan..suka ati la..saya pun tak buat open house..bukan kemestian punn

    BalasPadam
  2. ye la sis
    kalau nak datang beraya datang je

    BalasPadam
  3. tak berapa suka konsep open house sebenarnya...kadang penat masak byk2, tp yg duk eksaited nak datang tu sampai ke sudah tak muncul.

    lg best kalau nak datang rumah, bagitahu je. boleh kita masak khas untuk tetamu tu shj :)

    BalasPadam
  4. em.. tul tu mas... umah sentiasa terbuka, cuma klu umh sy xmsk ari2... hehehe

    BalasPadam
  5. erkk. ada jgk ke org cmtu.. huhuhu..

    btw, klu nk g umah kak mas. naik apa? hahhaha. ada KTM yg dekat.. hiihi

    BalasPadam
  6. tak buat open house pn takpe... kalau ada duit lebih, buat la.. tpi kalau smpai menyusahkan kte takyah rasanya .. :)

    erm.. jering rebus tu mmg sedap tpi yg tatau igt berbau hehe...

    BalasPadam
  7. @trigyy
    naik erl je dari KL Sentral sampai stesen Salak Tinggi... pastu akak jemputlah kat ERL tu!

    betul ke nak dtg ni...bila tu?? heheheheeee

    BalasPadam
  8. aiyaaaak
    die tye hasben kak mas cam tu ke?
    adoiiiii
    open house tu nak memberi org mkn dgn tujuan sedekah kan?
    smbil erat sillaturrahimm..
    hayooooo
    bole pulak cam tu..ish2..kenapa la shawal makin dihuduhkan dari sehari ke sehari kan..huuu
    sabarlah ye kak.. =]

    BalasPadam
  9. waaa open house...makan free...makan je aku ingat ini...huhuhuh....tak lama makin comellah aku ini...heheh

    ini nak beritahu awak, saya nak menjemput awak ke segmen sya iaitu SEGMEN JOM TUKAR LINK DENGAN C` AYOB.....Saya nak cari blogger yang aktif, terutamanya blogger baru, agar mereka ini dapat aktif di dunia blogger...tak lah senyem sangat!

    http://cayob.blogspot.com/2011/09/segmen-cayob-tukar-link-selama-30-hari.html

    Insy Allah, sedikit sebanyak dengan ada blogger awak dapat mengeratkan antara blogger baru dan lama, dan tunjuk ajar dari blogger awak

    BalasPadam
  10. betul tu mas...buat open house nie biar atas kemampuan... bukannya nk ikut org lain.

    Kalau tak mampu nk buat mcm mana...tunggu lain tahun la. Datang beraya kat rumah pun dah ok tanpa open house sebab rumah sentiasa open bila ada tetamu

    BalasPadam
  11. dtg je la berkunjung tayah open house pn takpe..-.-'

    ape daaaa.. tu dasar nk isi perut je tu huhu

    BalasPadam
  12. tak semestinya nk beraya kena wait open house. datang je la, kita pasti akan jamu kuih raya dan makanan ringan macam mee ke mihun ke. kalau nk buat open house, kdg2 tak semua ada masa .

    BalasPadam
  13. Owh...

    uncle dah 2-3 kali pegi balai bomba putrajaya ni...

    1) ambik gambar motor bomba...

    2) ambik gambar helikopter...

    (tapi uncle buka photographer tau...)

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com