mrs secretary

Sabtu, 5 November 2011

Aku terima nikahnya

Assalamualaikum...(^ ^)

Saat entri ini dipublish, Mas dah berada di Masjid Wilayah Persekutuan untuk menyaksikan penyatuan dua hati sebagai suami isteri yang sah.

5/11/11 adik Mas iaitu Sue akan diijabkabulkan dengan tunang tersayang, mereka akan bernikah dulu dan majlis kahwinnya dijangka pada bulan 12 nanti. Selepas nikah akan ada sedikit kenduri doa selamat di rumah kak long di Bukit Beruntung.


Kenapa pilih buat kenduri di sini? Maklumlah kami ni anak yatim piatu, jadi kalau buat kat kampung pun bukan ada siapa dah. Lebih baik buat kat sini, senang adik beradik nak berkumpul.

Oklah, majlis nikah nak mula dah. Mas doakan adik bahagia bersama suami tersayang hingga ke akhir hayat. Jalankan tanggungjawab sebagai isteri dengan baik dan ingat syurga isteri di bawah tapak kaki suami, bertolak ansur dalam apa hal sekali pun.

SELAMAT PENGANTIN BARU SUE!

9 ulasan:

  1. assalamualaikum mas....selamat pengantin baru buat adik mas yer...semoga berkekalan hingga hujung nyawa...:)

    BalasPadam
  2. waahh.. kawen sebelum ari raya..
    hehehe..
    selamat pengantin baru..
    moga kekal bahagia hingga akhir hayat buat adik kak mas...

    BalasPadam
  3. ada iras muka akak la..hihi
    nnti tempek la byk2 gmbr die nikah ek.nak tgk =)

    BalasPadam
  4. moga rumahtangga kekal hingga akhir hayat :)

    BalasPadam
  5. selamat pengantin baru.
    sue macam kak mas.

    BalasPadam
  6. alahaii
    seri pengantin ye
    hehehee
    indah jeee =]

    BalasPadam
  7. selamat pengantin baru. muka berseri2 dah. :D aura pengantin tu. hehe

    BalasPadam
  8. Berseri seri.. Muka macam kak mas :)

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com