terkini dan sensasi

Ahad, 6 November 2011

Erti pengorbanan

Assalamualaikum...(^ ^)

Hari ini acara korban dijalankan secara besar-besaran di seluruh negara Islam.

Mas teringin nak tengok acara korban ni, tapi keberanian tu takde dalam diri. Kalau Mas tengok mesti kesian punya kat lembu tu, kalau dah kesian nak makan pun tak sanggup kan? Jadi duduk rumah jelah, suruh husband je ambil gambar lembu tu disembelih.


Bila sebut je Hari Raya Korban teringat kita pada pengorbanan Nabi Ibrahim yang diperintahkan oleh Allah SWT supaya mengorbankan anaknya Nabi Ismail. Sebagai seorang ayah baginda berasa berat hati tetapi dia tetap laksanakan perintah Allah itu, begitulah hebatnya pengorbanan seorang ayah kan? Sanggup korbankan anaknya demi tak mahu ingkar dengan perintahNya..

Jadi kita sebagai manusia cubalah hayati erti pengorbanan itu, ingat pengorbanan ibu bapa membesarkan kita dan menjaga sehingga kita dewasa. Ingat jugak pengorbanan suami kita yang bekerja siang dan malam menyara keluarga dan jangan lupa jugak pengorbanan isteri yang menjaga rumahtangga dan anak dengan baik. Semua itu pengorbanan yang tiada nilainya!

Pada yang tak dapat balik kampung menyambut Aidiladha ni, janganlah sedih. Ingat, itu jugak satu pengorbanan yang telah kita lakukan. Korbankan masa bersama keluarga di kampung demi tugas atau tanggungjawab lain yang perlu dilaksanakan, jadi kita dah berjaya hayati erti pengorbanan itu kan?

Selamat menjalani ibadah korban. Jangan makan daging banyak, kolestrol tinggi.

9 ulasan:

  1. td saye tgok org sembelih lembu..
    cian je tgok lembu 2..

    selamat ari raya aidiladha kak!

    BalasPadam
  2. huuuu
    raya kat sabah
    tak dapat balik perak =(

    begitu sanggup nabi kita kan kak mas
    demi Tuhan, segalanya pasti..


    emm..tak dpt mkn rendg mak =(

    BalasPadam
  3. :) kak mas, salam aidiladha ya :) semoga gembira bersama keluarga :)

    BalasPadam
  4. raya dgn mata bengkak.. selamat hr raya aidiladha :')

    BalasPadam
  5. assalamualaikum mas...yer selamt berkorban yer n betul tu jgn mkn daging byk2 nanti kolestrol naik kn...:)

    BalasPadam
  6. Okeh!

    setuju sangat tang 'kolesterol' tu....

    kita selalu lupa!

    BalasPadam
  7. huhu tak balik raya ,, ok lah jadikan satu pengorbanan .. qaseh pernah tengok org sembelih lembu sebab ayah yang pandai sembelih lembu hehe .. sian tengok ..

    BalasPadam
  8. Besar pengorbanan orang sekeliling kita, dan pengorbanan diri kita jugak..Semuanya kena kita selami dan hargai :')

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com