terkini dan sensasi

Isnin, 7 November 2011

Rezeki itu dari Allah

Assalamualaikum...(^ ^)

Kita dituntut cari rezeki untuk menyara diri sendiri mahupun keluarga, tak kira dari mana pun rezeki itu didapati yang penting ianya halal. Dengan cara senang ke atau susah ke, ingat satu perkara sahaja iaitu rezeki halal!

Perkara yang paling penting, jangan merungut dengan rezeki yang kita dapat. Walaupun hari itu, rezeki yang kita perolehi agak sedikit tapi ia tetap rezeki dari punca yang halal kan? Tak perlu merungut, usaha lagi untuk dapat rezeki yang lebih banyak.


Mencari rezeki ini bukanlah satu yang mudah, kena usaha lebih. Jangan ingat rezeki boleh datang bergolek di depan mata atau dengan hanya memetik jari, kalau tak cari dan kalau tak cuba mana nak dapat rezeki tu kan? Walaupun susah dan perlu lalui pelbagai rintangan tapi kalau kita niat kerana Allah, pasti rezeki itu milik kita. Jangan mengeluh kalau rezeki itu tak jadi milik kita, ada sebab Allah tak beri rezeki itu. Bersyukurlah dengan apa sahaja rezeki yang kita ada hari itu.
  
Sama jugak rezeki dalam berblog, janganlah asyik dok dengki dengan blogger yang dapat banyak pendapatan dari berblog. Kata mereka menunjuklah, ubah jumlah RM kat cek tulah. Apa pun yang blogger tu dapat adalah rezeki dia dan hasil dari penulisannya, kalau dia tak usaha masakan boleh dapat banyak tu kan?

Setiap rezeki yang kita dapat dan orang lain dapat adalah datang dari Allah, ingat tu!

9 ulasan:

  1. yea..betul..rezeki tu dtg atas usaha kita sendiri

    BalasPadam
  2. assalamualaikum mas...InsyaAllah semoga setiap rezeki yg diperolehi dr jalan yg diredhai oleh Allahkn...:)

    BalasPadam
  3. Ikhlas
    Ah dlm tugas, berkat rezeki itu InsyaAllah..

    BalasPadam
  4. weeee!
    betul tu kak..
    sangat sokong.. sebab kita tak tahu apa yg kite akan dapat
    maka, dengan berusaha la akan memberi jwpn nye kan.. =]

    BalasPadam
  5. untong kalau ada kepakaran yang macam macam....

    boleh buat xtra duit maca suami Mas...

    BalasPadam
  6. tapi kalau kita usaha, Allah mesti bg rezeki tu kan ? lagi banyak usaha,lg banyak rezeki.. :)

    BalasPadam
  7. Setiap manusia ada bahagiannya yang telah di sediakan..Apa pon kena bersyukur ;')

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com