Assalamualaikum...(^ ^)
Kahwin lambat kerana terlalu memilih, betulkah? Kawan² bersetuju tak?
Sebenarnya ada pro dan kontra nya kenyataan ini. Kalau kita lihat dari segi hukum Allah SWT, memang jodoh dan pertemuan itu ditentukan olehNya. Kalau masih belum ada jodoh maka lambatlah kita berkahwin, tapi adakah Allah itu suruh kita hanya berserah pada takdir?
"Dah takde jodoh aku nak kahwin nak buat camne, membujanglah sampai ke tua!"
Jangan terlalu pasrah begitu, Allah nak kita berusaha sebaik mungkin untuk mencari jodoh yang bersesuaian dengan kita. Usaha yang diiringi doa itu pasti membuahkan hasil, yang penting jangan cepat putus asa. Jangan jadikan alasan lambat kahwin sebab belum ada jodoh.
Terlalu memilih itu benar, Misalnya wanita yang mencari calon suami. Nak yang kaya raya, kalau boleh masuk rumah nanti cuci kaki je. Semua cukup lengkap! Pastu nak yang kacak, kalau setakat muka tak seberapa memang tak pandang. Payahlah camni, ingat senang nak cari lelaki yang sempurna.
Boleh kita nak memilih, tapi janganlah terlalu demand. Takut nanti pilih punya pilih, langsung tak kahwin sampai ke tua!
tol kene usha gak
BalasPadamjgn nk tggu je
memilih sampai tuela xkwen aihh
jodoh-pertemuan, ajal-maut semuanya ditentukan Allah.
BalasPadamtetapi usaha-tawakkal-doa, tetap dituntut!
berusaha....
BalasPadamada juga kawin lmbt sbb nk kumpul duit. hehehehe.
BalasPadamjodoh dh tertulis kan, terima sahaja.
tiada manusia yg sempurna.
bersyukur dgn seadanya :) itu yg membuatkan kita bahagia. ewahhh.
Zaman sekarang ni memang kena memilih. Tapi org memilih benda yang tak perlu. Pilih yang kaya raya la. yang cantik la.. Pernahkah korang dengar org memilih kawin sebab nak check yg pasangan tu:-
BalasPadam1) bukan penagih, pemabuk,aids
2) bukan laki org
3) bukan bohsia & bukan bohjan
dan sewaktu dengannya..
Misi & Visi semasa memilih tu harus tepat barulah success. hehehe..
semoga aku akan bertemu jodoh!!
BalasPadamRasa2 lelaki sekarang lebih suka tak kawen sebab takut komitmen agaknya.. Apabila sudah terlalu bebas, dunia amat menakutkan kan..?
BalasPadamjanganla terlalu memilih semua x sempurna...
BalasPadamemputan khas singgah ke blog chegu zubirBLOG CHEGU ZUBIR
Santa 2011 xpakai rusa dah...dia pakai..
soalan killer buat lawyer
Libresse boleh jadi anak patung
RM 30 Shopping voucher
emmm3
BalasPadamkate2 kak mas ni sebijik cm mak mimi
hehehe
sebab kita makin lame makin tua
bukan makin muda
so, agak payah kalo asek nak memilih, memilih tu perlu, sebab takot hidup kita merana kan, tapi kalo dah smp tahap TERLALU memilih ni mang bahaya.
mas, sepupu suami saya(perempuan) sedang mencari calon tp x jumpa lg. dia cikgu bhs inggeris umo dh 30. cian kt dia mmg nak sgt kawin tp xde calon.saya pn nk tlg dia tp kawan2 semua dh kawin laaa.
BalasPadammemilih itu penting tapi jgn demand lebih sangat2
BalasPadamanum setuju
4 perkara yang harus disegerakan dalam ISLAM,
BalasPadamantaranya kawinkan anak perempuan..=)
saye xmemilih..
BalasPadammgkin saye ni masih mude..
sbb 2 umor 26 xkawen ag..
hihi
demand2 sgt. berkarat la kamu. ahahahaha. :) kan kak kan? :P
BalasPadamjangan demand tinggi sangat kalau diri tu belum sempurna dari segi agama,..ubah diri sendiri dulu baru la berangan nak dapat yang best2,.hehe,.
BalasPadamkalau nk pilih pun, biarlah sepadan dengan kita :) jangan demand sgt. smpai bila pun tak jumpa. hehe
BalasPadammemilih yang terbaik itu tak salah.. kan kak mas??
BalasPadamyup.. jodoh umpama lauk bawah tudung saji..tak bukak,,tak cari.. tak jumpa..
BalasPadamrase terpanggil nk bg komen kt sini. kita mengalami situasi ni skrg.
BalasPadam(komen agak panjang)
umur kita skrg 29 tahun. ye ramai yg bertanya kenapa kita x kawen lg. ade yg buat cerita kata kita memilih sbb kita anak mak andam dsbgnya.
hakikat sebenarnya kadang2 bkn kita yg memilih tp org pon memilih jgk.
bukan kita nak berserah je pd takdir n x mau berusaha. tp utk pengetahuan (x pernah citer on public lg) kita dah lebih kurang 5-6 kali berpengalaman begini. semuanya sad ending. x tau adakag slh kita. tp kalau betul slh kita kenapa lelaki2 tu x terus terang? masing2 buat mcm habis madu sepah dibuang. tinggalkan perempuan mcm tu je tanpa alasan, tanpa kata2 akhir. sbb tu skrg ni kene hati2 dlm memilih pasangan. dan sbb2 ini jgk sampai skrg kita solo. sometimes kita rasa malas nak fikir pasal benda ni sbb kita x nak kecewa lagi....