mrs secretary

Selasa, 1 November 2011

Protes si anak

Assalamualaikum...(^ ^)

Duummm, bunyi pintu bilik ditutup dengan agak kuat! 

Dalam hati dah membuak² rasa marah ni. Kenapa dia buat camtu, nak tunjuk protes ke? Memang nak kena budak ni, siaplah dia!

Camtulah Mas rasa bila anak² tunjuk protes sebab tak puas hati dengan apa yang disuruh atau Mas larang mereka buat sesuatu. Masa dihempasnya daun pintu tu memang hati dah panas, laju je tangan ni nak pukul. Tapi Mas cuba sabar, tanya balik pada diri sendiri kenapa anak aku protes camtu. Adakah aku terlalu memaksa dia?


Jadi kalau anak kita protes camtu janganlah cepat melenting, cuba jelaskan pada dia tak baik berkelakuan sebegitu. Cara itu menunjukkan yang dia tak hormat kita sebagai ibu. Kalau tak puas hati cuba cakap elok², jangan tunjuk protes camtu. Bila kita berbincang camni, pasti anak kita akan sedar yang caranya salah.

Kemudian barulah kita tanya kenapa dia tak puas hati, adakah apa yang kita suruh itu membebankan dia. Jelaskan jugak kenapa kita suruh atau larang dia buat perkara tersebut, anak² ni mudah faham kalau kena dengan caranya. Tapi kalau kita pun sama nak melenting, takut lain pulak yang jadi.

Dengan anak ni kadang² perlu garang dan kadang² perlu berlembut, baru seimbang.

12 ulasan:

  1. dulu kalau saya hempas pintu... ampunn...


    memang dapat Reket Yonex carbonex...


    T__T

    BalasPadam
  2. kdg2 pening gak dgn karenah anak ni kan...

    BalasPadam
  3. kekadang mengapa anak2 sering memberontak adalah mereka merasa ketidakpuasan bagi dirinya. what you say is true, parents tidak boleh sesekali melenting or memarahi. what you need to do is you have to pay attentions for them only! hihi.
    kenapa adik arfan menangis akak? no more crying dear :'D

    BalasPadam
  4. ade mse kne tegas

    grrrr ngn ank buah

    BalasPadam
  5. dengan anak anak ni memang kena jelaskan sebab diaorg kalau nak memang nak jugak..tak reti nak sabar kan ;)

    kalau abg long minta mcm mcm..slalu bgtau dia..bila mama dan papa ada duit baru belikan..sekarang ni duit tak de lagi huhu..muka sedih skit ;p

    BalasPadam
  6. kena banyak2 sabar bila nak handle kanak2 yg tengah protes ni kan..

    BalasPadam
  7. alolololo
    ciaaaannyeeeeee
    kalo mimi jadi mak ni
    x taw la kak masss
    berlembut jek
    bior je kene buli

    hehehe
    tapi tegas tu perlu kan =]

    BalasPadam
  8. dulu kecik2 tak berani nk hempas pintu, nk tinggi suara pun takut...huhu kalau kena rotan tgh belakang naya ja.


    nangis sorg2 je dalam bilik klu tak puashati dgn mak ayah...ngeh ngeh

    BalasPadam
  9. assalamualaikum mas...sabar ye anak2 mmg mcm tu tapi kita sebagai ibubapa yg harus pandai2 mengimbanginya...:)

    BalasPadam
  10. kak,dulu eka kecik2 pun panas baran gak..
    melawan tu takdelah,cuma mcmnilah..hempas pintu ke,baling barang ke
    tapi baling belakang emak ayah.takut

    BalasPadam
  11. smpai skang namee masih protes macam tu kak. 3 laptop pecah pasal ni la. hehe. tp budak2 xpe sbb diorg tak faham lg. :) yg dah besar macam sy ni, mmg kena pelempang lah. hihi

    BalasPadam
  12. kalu anak2 yang buat peel skang ni, teringat tak zaman kita kecik dulu cemana.. hehehehe

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com