terkini dan sensasi

Jumaat, 2 Disember 2011

Ada banjir kilat di Salak Tinggi

Assalamualaikum...(^ ^)

Terkejut bila Mas tengok kejadian banjir kilat di Kajang hari ini, dahsyat dan teruk jugak. Simpati dengan mereka yang tak sempat selamatkan kenderaan sehingga ditenggelami air, tapi nasib baiklah tiada nyawa yang terkorban.

Bila tengok kejadian tu teringat pada kejadian banjir kilat yang terburuk berlaku di Shah Alam pada tahun 2006. Semua ini berlaku akibat sistem peparitan yang tidak diselenggara dengan baik. Akibatnya banyak kerosakan harta benda berlaku sehingga mencecah jutaan ringgit. 

Kemungkinan besar banjir kilat di Kajang ini akibat daripada sistem peparitan yang tidak diselenggara. Misalnya longkang atau parit yang tersumbat, dan kejadian di Kajang ini adalah yang terburuk dalam sejarah pembangunan bandar itu.

Tapi bukan Kajang sahaja dilanda banjir tadi. Masa Mas balik dari kerja, kawasan perumahan pekerja² Ayamas di Salak Tinggi ni dilanda banjir kilat jugak. Tidaklah teruk sangat, air naik separas lutut sahaja. Tapi disebabkan kawasan tersebut rendah, air dah masuk ke rumah mereka. Ini jugak akibat longkang yang tersumbat kerana ada pembinaan rumah kedai di kawasan berhampiran. 

Mas simpati dengan penduduk di Kajang dan jugak di kawasan Salak Tinggi ni. Moga keadaan pulih seperti sediakala dengan secepat mungkin!



6 ulasan:

  1. nadh tgk berita tadi kak. igtkan dia silap cakap. rupanya betoi. huu. tekejut..

    BalasPadam
  2. masalah banjir kilat kat malaya ni sebenarnya semuanya sebab saliran tersumbat....

    BalasPadam
  3. Salak tinggi?Ayamas? Jalan dekat IKTBN Sepang ker? Banjir ish2....

    BalasPadam
  4. hye sis owh tadi masa hubbby nak keluar dr kota warisan ikut situlah. hurmmm banjirrr byk kereta yg tersangkut.gara2 projek buat bangunan kedai yg harga tak ingat dunia tulah hehehhe....

    BalasPadam
  5. la ingat berita tipu dari kawan...rupanye betul.

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com