terkini dan sensasi

Sabtu, 3 Disember 2011

Dapat yang baru

Assalamualaikum...(^ ^)

Ingat lagi tak Mas pernah cerita pasal ditipu oleh pihak Cavenzi dalam entri ni.

Setelah kami mengamuk barulah mereka bersetuju nak baiki semula sofa yang dah rosak tu tanpa mengenakan 1 sen caj pun. Semalam mereka dah hantar semula sofa yang telah siap dibaiki. Bila mereka sampai Mas tengok sofa elok je berbalut dengan plastik, macam sofa baru pulak.

Setelah sofa diturunkan dari lori mereka terus bagitau yang mereka gantikan dengan set sofa yang baru, sebabnya sofa yang rosak tu tak boleh dibaiki. Alhamdulillah, rezeki Mas dapat sofa yang baru tanpa perlu bayar 1 sen pun. Agaknya itulah balasan yang kita dapat bila ditipu dan dianiaya!

Pastu pihak Cavenzi bagi jaminan yang sofa ni 100% leather dan dijamin tahan lama. Kalau ada apa² masalah lagi mereka minta Mas hubungi mereka. Sudah tentulah, kalau rosak lagi haruslah minta ganti yang baru lagi sebiji. Lagi mahal dari yang ni. 

Harap sofa ni boleh bertahan 5 tahun tanpa rosak lagi, jangan kami ditipu lagi sudahlah!


11 ulasan:

  1. doa org teraniaya kan termakbul kak..hehe...slmt la dpt yg baru =)

    BalasPadam
  2. assalamualaikum mas...nasib baik dapat yg baru kn....kalau rosak lg sekali minta yg baru lg hehehhee...:)

    BalasPadam
  3. sofa tu sama macam sofa citra.. citra beli bulan 7 haritu tuk rumah baru kat cavenci melaka.. harap2 xde masalah ye..

    BalasPadam
  4. Bertuah Mas dpt ganti yg baru :).
    Setengah kedai mana nak layan ...

    BalasPadam
  5. @Munnafendy
    tulah, tak sangka sangat mereka bagi yang baru! syukur..

    BalasPadam
  6. @maszull
    konpem kak, kalau rosak memang saya minta yang baru...lagi mahal dari yang ni!

    BalasPadam
  7. @Citra NaniZam
    harap2 citra tak hadapi masalah macam akak!

    BalasPadam
  8. @4 Kay-E
    kalau dia tak layan buruklah nama syarikat mereka...

    saya memang tak minta yang baru pun, suruh repair je!

    BalasPadam
  9. yay. baru. hari tu org tu dah ganti kan ? alhamdulillah :)

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com