terkini dan sensasi

Jumaat, 17 Februari 2012

Kelab murtad

Assalamualaikum...(^ ^)


(Petikan dari mymetro)
Biadab! Itu perkataan paling tepat untuk menggambarkan sikap pihak tertentu yang menggelarkan diri mereka kumpulan penyokong murtad di Malaysia dan Singapura apabila menubuhkan kelab di laman sosial Facebook bagi meraih sokongan masyarakat. Penyertaan terbuka kepada mereka yang murtad di negara ini, pengendali Facebook terbabit dikesan turut mempelawa mana² individu supaya menyumbangkan sokongan moral kepada golongan ini.

Bukan itu saja, mereka jugak secara terbuka mengemukakan objektif kumpulan berkenaan sebagai medium kepada sistem sokongan moral untuk golongan terbabit dengan perbincangan mengenai persoalan murtad di Malaysia, termasuk agama Islam serta bangsa Melayu.

Takutnya bila baca cerita sebegini. Dunia sekarang dah semakin teruk, banyak betul manusia yang cuba menyekutukan Allah SWT. Semoga kita semua dilindungi oleh perkara sebegini.

Tapi yang bahaya mereka menggunakan media sosial seperti Facebook untuk meraih sokongan masyarakat. Jadi berhati² bila menerima apa² sahaja artikel dari Facebook, mana tau takut kita tersokong pulak kumpulan sebegini. Mereka ni pandai, pelbagai cara digunakan untuk memerangkap kita supaya terjebak.

13 ulasan:

  1. sangat bahaya
    terutamanya yang mudah terpengaruh

    BalasPadam
  2. kumpulan bangang, dah tu sibuk cari umat islam nak dimurtadkan, agama lain tak pula dorg nak kacau....

    BalasPadam
  3. Ya ALLAH,, moga dijauhkan dari benda2 cam ni...

    BalasPadam
  4. diorang ni dah xde keje lain nak buat kot.. sengaja nak mencetuskan kemarahan orang Islam..

    BalasPadam
  5. ish, dah dekat nak kiamat dah ni

    BalasPadam
  6. kena sekat aktiviti dorang ni kat laman sosial kalau tak makin merbahaya

    BalasPadam
  7. namee ada nampak group tu.. :( risau tengok. hmm.

    BalasPadam
  8. akan berterusan selagi umat Islam tidak bersatu.

    BalasPadam
  9. assalamulaikum mas...harap perkara2 mcm ni cpt2lah dibendungkan risau mungkin ada ramai lagi yg akan jadi murtad...:)

    BalasPadam
  10. Semakin maju dunia, semakin banyak dugaannya.

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com