terkini dan sensasi

Selasa, 7 Februari 2012

Pelihara nak, jaga tak nak!

Assalamualaikum...(^ ^)


Mas bukan benci dan nak bertindak kejam pada binatang, tapi cuma tak suka keadaan macam ni. Hari² 2 ekor kucing jiran belakang rumah datang menyelongkar tong sampah, setiap pagi mesti sampah bersepah². Tak cukup dengan itu dia kencing merata² pulak.

Tapi Mas sabar, tak sampailah tahap Mas nak pukul kucing. Cuma halau dan takutkan dia dengan penyapu, tak sampai hati nak pukul walaupun geram kan? Binatang camtu bukan tahu apa², yang dia tahu boleh dapatkan makanan. Pastu bila Mas beri makanan, menerkam kucing tu makan. Nampak sangat yang mereka lapar.

Yang Mas geram dengan tuannya, pelihara kucing nak tapi tak tahu jaga. Kucing tu lapar sebenarnya, kalau tak dia tak menyelongkar camtu. Lagi pun dalam tong sampah Mas bukannya ada sisa² makanan, tapi kucing tu selongkar sebab nak cari sesuatu yang boleh dimakan.

Mas tahulah sebab Mas pun pernah pelihara kucing. Kalau kita beri kucing tu makan secukupnya dia tak akan merayau merata² ke rumah orang dan menyelongkar camtu. Bila dah kenyang mesti dia tidur dan rehat kat rumah je.

Peliklah orang camni, pelihara nak tapi jaga tak nak! Itu menyiksa binatang namanya, biar kucing tu lapar tak makan. Pastu biarkan dia merayau² ke rumah orang.

18 ulasan:

  1. kalau nak pelihara tu, jaga la betul2. kesian. baik tak payah pelihara kalau macam tu. hmm..

    BalasPadam
  2. salam singgah sini :)

    kesian kucing tu..bagus awak bagi jugak dia makan..Tuhan nak uji kesabaran kita..

    BalasPadam
  3. buang air yang tak tahan tu...
    kalau tak nak baik letak je kat pasar dari aniaya macam tu..ye tak>???

    BalasPadam
  4. Kasihan kucing2 tu, nasib baik Mas murah hati bagi makanan kat kucing2 tu. Semoga dimurahkan rejeki.

    BalasPadam
  5. assalamualaikum mas..yer la bila dah bela kenalah bagi kucing tu mkn jadi x adalah kucing tu mencari makanan di luar...kes naya ni...:)

    BalasPadam
  6. kesian kucing tu ada tuan yg xberi dia cukup makan. sampai dia terpaksa pi cari di rumah2 jiran plak.


    apa punya tuan la

    BalasPadam
  7. sian la kucing2 tu. mesti lapa kot sampai pegi selongkar sampah orang.

    mak saya dedulu selalu pesan kata jangan start bagi makan kucing kat luar rumah, kang kalo tak tiap hari dia datang. tapi kesian la pulak kalo tak bagi makan kan..

    BalasPadam
  8. kesiannya kucing tu.. haihh.. memang salah tuan dia la tu..

    BalasPadam
  9. em betul kak mas. kalau kita bela kucing..maksud itu tggjwb kita !! kan ? :) tp yg leceh tu bila dia berak kt rumah org tu..aihhh..hehe

    BalasPadam
  10. Kesian kan tgk kucing2 mcm ni.. Kalau tak nak jage, gi hantar pusat jagaan haiwan kan banyak..

    BalasPadam
  11. kesian kucing2 mcm ni..
    ada tuan, tapi mcm xde tuan kan..
    -_-'

    BalasPadam
  12. atok paling kesian klau tengok kucing kena buang kat pasar

    BalasPadam
  13. org kata..bila kita bela kucing,kita akan dimurahkan rezeki...mungkin ade kebenarannya..

    BalasPadam
  14. rugi sape tak jaga kucing elok2.. kucing tu la yang mendoakan taun dia nanti... isk3

    BalasPadam
  15. kesian kucing tu...tong sampah jugak tempat cari makanan dia...

    BalasPadam
  16. kat rumah saya kucing jiran tak cari makan..tapi cari tempat port nak 'buang'...adoiiii

    BalasPadam
  17. sebab tu saya tak bela walaupun minat sangat kucing sebab takut tak terjaga

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com