terkini dan sensasi

Rabu, 7 Mac 2012

Ambil beratlah hal anak²

Assalamualaikum...(^ ^)


Mas geram dengan sikap sesetengah ibu bapa ni, samada mereka tak peka atau sengaja buat tak tahu dengan hal anak². Terutamanya di sekolah, janganlah serah 100% pemantauan anak² kepada cikgu. Ibu bapa seharusnya ambik tahu jugak.

Perkara sebegini dah 2 kali terjadi pada anak Mas. Pertama, kes tertukar kasut. Mas dan husband hari² pesan dekat Arfan supaya ambik semula kasut dia dekat budak tu. Tapi dari hari ke hari budak tu tak pakai pun kasut Arfan yang dia terambik, dia pakai kasut lain. Arfan pun setiap hari pesan kat dia tapi tetap jugak sama.

Mas hairan, tak akanlah mak ayah budak tu tak perasan yang kasut anaknya tertukar. Pastu takde inisiatif langsung nak cari semula budak mana yang tertukar kasut dengan anak mereka, Mas dan husband yang bersungguh². Bila dah geram, terus jumpa guru kelas Arfan dan minta dia bertanya dengan mak ayah budak tu pasal hal ni. Bila Mas dan cikgu dah masuk campur barulah terhegeh² nak suruh anak dia pulangkan kasut Arfan, kalau tak buat tak kisah.

Kes kedua, pasal keperluan alat tulis anak² di sekolah. Ada mak ayah yang tak kisah samada alatulis anaknya masih ada atau tak. Budak² biasalah, bila alatulis dah takde mesti mereka akan ambik orang lain punya. Arfan selalu jadi mangsa, tiap² hari pensel, pemadam dan pembaris hilang. Bila ditanya, katanya kawan yang ambik sebab mereka takde pensel dan mak mereka tak beli yang baru.

Patut ke camni, ambik beratlah sikit hal anak². Mereka masih kecil bukannya tahu apa². Kalau mak ayah buat tak tahu, maka hal sebegini akan terjadi!

6 ulasan:

  1. susah juga kalu kwn2 si arfan mcm tu kan kak mas... kita plak kena jd supplier

    BalasPadam
  2. memang ramai pun yg ambil mudah & malas ambil tahu. keje nak senang ajekan.

    BalasPadam
  3. bertuah anak2 kak mas kan. hehehe

    BalasPadam
  4. sy pun pernah alami...ada satu program perlu bermlm kt sekolah...kami ni siap smua peralatan yg diperlukan termsk selimut...bila bawa balik selimut takde...yg herannya takde sorang pun yg pulang balik brg yg depa tersilap ambil...sy diam depa pun diam....

    sepatutnya kena gi sekolah tanya kan...tp sy taknak perbesarkan...huhu..

    rasanya parent skrg mmg camtu kot...tak kisah ank bawa blk brg org..huuhu..

    ***cantik header baru mas...hihi

    BalasPadam
  5. susah kan sebenarnya nak jadi ibu bapa

    BalasPadam
  6. betul tu kak mas. serious susah. sy dulu sekolah macam tu gak. kdg2 barang untuk buat pendidikan seni pun kena pow semua. gunting hilang, gam hilang.

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com