terkini dan sensasi

Jumaat, 16 Mac 2012

Amboi mahalnya!

Assalamualaikum...(^ ^)


Amah buat satu kerja gaji RM700.
Indonesia mula melatih pembantu rumah utnuk dihantar ke Malaysia yang hanya akan melakukan satu tugas khusus sama ada tukang masak, pengasuh bayi, penjaga orang tua atau pengemas rumah dengan gaji  minimum RM700 sebulan. 

Berdasarkan peraturan itu, jika seorang pembantu rumah diambil untuk menjadi tukang masak, dia akan hanya menjalankan tugas memasak serta tugas berkaitan tukang masak dan tidak melakukan tugas lain seperti mengasuh bayi. (petikan dari Berita Harian)

Mahalnya!

Kalau pembantu rumah tu lakukan 4 tugas seperti memasak, basuh kain, jaga anak dan kemas rumah maknanya kita kena bayar RM2800. Memang lumayan, gaji Mas sebulan pun tak banyak camni. Kalau camtu lebih berbaloi kerja sebagai pembantu rumah kan?

Jadi selepas ni kena fikir 10 kali dulu sebelum ambil pembantu rumah, tak pun hanya ambil untuk mengasuh anak kita sahaja. Semua kerja lain kita buat sendiri, itu lebih bagus!

Kalau Mas memang tak mampu, baik urus kerja rumah sendiri. Lebih selesa!

13 ulasan:

  1. uncle tak mampu bibik, semua buat sendiri....

    BalasPadam
  2. macam nie saya pun nak jadi amah, bukan susah mana pun kerja amah ni.....hehehe

    BalasPadam
  3. betul tu kak..baik buat sendiri je semua tu...lebih menjamin masa depan anak2..insya'Allah...

    BalasPadam
  4. Bini yang buat keje cam bibik pun hasben tak mampu nak bayar RM700 sebulan. Cemana tu?

    BalasPadam
  5. ade bace gak kat BH. bapak mahal kan... pahpe tah.. buat sume sendiri je la. xpun cr local pnye org je hehe

    BalasPadam
  6. memang mahal pun..baik buat sendiri je..puas hati.

    BalasPadam
  7. jangan biarkan anak kita diasuh hendon...nanti loghat ala-ala hendon...

    BalasPadam
  8. samalah kak
    mie ase kalo mie dh kawen nnti
    seboleh2 x mo amik amah ke ape
    nk buat keje sendiri
    slagi termampu
    brg dlm rumah pon slmat
    anak pon insyaAllah x de kes dera2 ni kan

    heeee..jauh no pkir..hehehee

    BalasPadam
  9. nak cari isteri yang bekerja pun salah ... nak cari isteri yang tak kerja pun salah... adoi pening

    BalasPadam
  10. nak cari isteri yang bekerja pun salah ... nak cari isteri yang tak kerja pun salah... adoi pening

    BalasPadam
  11. Khabarnya Filipino maids pon kerjanya khusus. Mungkin Indonesia pon nak ikut ler tuh.

    Salah orang kita jugak. I tengok ada yang mempergunakan maids diorang macam lah diorang nih bukan manusia. Siap buat kerja rumah, gi kedai tolong buat kerja. Hujung-hujung minggu pulak bawak balik rumah mentua, kena buat kerja segala bagai lagi.

    Barangkali ini kes-kes terpencil, tapi benda nih berlaku.

    Tiada lagi semalam buat kita.

    Malam tadi kat Berita TV3 ada bangkit pasal Malaysia nak mengajar semula masyarakat muda Melayu Kemboja untuk bertutur Bahasa Melayu kembali. Mungkinkah ini ada agenda lain?

    BalasPadam
  12. lebih baik upah org melayu kita je jaga anak !

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com