mrs secretary

Selasa, 17 April 2012

7 minggu 5 hari

Assalamualaikum...(^ ^)


Begini ceritanya, hari ni Mas MC sebab kena cirit birit. Dari jam 2 pagi sampai 6 pagi tak henti berulang ke tandas, badan rasa lemah sangat sebab tak tidur beberapa jam. Pastu dari pukul 8 pagi sampai 1 tengahari tidur je sebab badan tak larat sangat, pukul 2 terus husband ajak pergi klinik.

Terlanjur dah pergi klinik, husband cakap lebih baik buat terus buku rekod mengandung. Lagi pun Mas tak sihat, lebih elok check up terus. Proses check up yang dilalui dari jam 2.30 hingga ke 4.30 petang. Lama jugak sebab banyak prosedur yang perlu dilalui, ambil darah, check urine dan jumpa doktor.

Sempat jugaklah doktor scan tadi tapi belum nampak bentuk baby lagi, hanya nampak kantung saja. Bunyi jantung pun belum dapat dengar lagi, doktor cakap usia kandungan Mas dah 7 minggu 5 hari. Tak sangka betul, ingatkan baru 4-5 minggu je. Check up akan datang pada 18/5 untuk scan lagi sekali dan minum air gula.

Risau jugak nak minum air gula, boleh ke tekak ni terima. Sebab masa mengandung Atikah dan Arfan dulu memang tak pernah minum pun. Tapi sebab umur dah lebih 30 tahun jadi doktor kata kena minum jugak untuk check kencing manis. 

Lepas ni bermulalah rutin ke klinik setiap bulan.

12 ulasan:

  1. tahniah mas...semoga cepat sembuh..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wahh, tahniah. Jaga diri elok-elok ya :)

      Padam
  2. Salam. kandungan sy pn masuk 7 migu..1st baby..arap dpt tunjuk ajar ye ^^

    BalasPadam
  3. rupanya dah lama fit tak singgah blog kak mas..
    Tahniah akak..
    Jaga diri ye...

    BalasPadam
  4. Tahniah kak mas :) Jaga kandungan leklok yea.

    BalasPadam
  5. Tahniah Kak Mas..
    Woaaahhh...
    Mesty tak sabar nk dpt anak kecil ni^^

    BalasPadam
  6. Tahniah kak!
    Wa bestnya peknen...hik hik

    BalasPadam
  7. Tahniah sekali lagi kak.. hopefully tahun ni saya pon dapat rasa peknen.. :)P

    BalasPadam
  8. jaga diri eh kak mas ;)
    dah dekat 2 bulan usia kandungan..suka!

    air gula tu agak meloyakan sbb dulu naik berat mendadak..doktor suruh minum huhu..iyeksss...kak mas bertabah yer..skali tu jer rasanya..

    BalasPadam
  9. assalamualaikum mas....dah jadi rutin la lepas ni kan pi check-up baby...:)

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com